Sila pam selepas guna

Selepas selesai guna tandas, sila pam selepas guna. Sepatutnya tugas ini adalah sesuatu yang automatic. Tak perlu diarah, tak perlu diperintah atau diingatkan pun.

Negara maju seperti Amerika, Jepun, England dan sebagainya saya tak tahu tetapi dalam negera kita ni, seperti yang anda sedia maklum, tandas awam, tandas-tandas di ofis, R&R, kilang, kuil, masjid, kedai makan, shopping complex, hypermarket, dan lain-lain masih perlu menampalkan notis “Sila pam selepas guna“.

Walaupun Malaysia telah Merdeka sejak 1957, sudah 61 tahun, tetapi notis “Sila pam selepas guna”, atau “Please flush after use“, masih lagi terlekat dan terpamirkan di banyak tempat. Sebabnya? Sudah gaharu cendana pula, dah tahu tanya pula: Kerana masih terdapat pengguna yang terlupa untuk pam selepas guna.

Selalunya kalau tandas di pejabat atau lain-lain tempat kerja, bentuk notis atau peringatan “Sila pam selepas guna” ini senang sahaja: Beli perekat berkenaan di kedai-kedai hardware, dan tampal kat dalam setiap toilet cubicle. Satu contoh:

 

Kalau bilangan tandas tidak begitu banyak, mungkin hanya tiga tandas lelaki dan tiga tandas wanita, satu Notis atau Peringatan yang dibuat sendiri (print sendiri) oleh sesiapa yang kreatif sudah memadai. Contoh:

By the way, macam mana nak pam atau nak flush? Sekali cukup? Atau dua kali? Jawapan: bergantung kepada keadaanlah. Kalau sekali belum clear, pam lagi. Second time pun tak clear jugak? Tiga kali. Sampai bersihlah, sampai hilang segala bukti. Hingga kalau Jabatan Forensik atau CSI datang pun dia orang tak dapat nak ambil sample DNA dah.

Tapi ada satu tempat yang saya pernah ziarah ni, arahannya sangat clear lagi jelas: Mesti pam tiga kali. Three times. Very specific. Bukan satu, bukan dua, tapi tiga kali. Bolehlah ditafsirkan sebagai “Faham tak? Pam tiga kali selepas guna!”

Bagaimanapun, apa yang kita nak cerita dan nak terankan di sini ialah, kita dah bertamaddun, negara pun dah jauh lebih maju dari zaman 1970an, GDP dah tinggi, GST pun dah kita amalkan, buruk sangatlah perangai kita jika masih tak tahu nak guna tandas. Benda ni actually simple saja: The job is never finished until the toilet is flushed clean. Jangan cincai. Ingat tu: Jangan cincai. Setiap kerja dikira selesai hanya apabila mangkuk tandas itu telah bersih dan cuci seratus peratus.

Jika tidak, kita tak boleh marah kalau orang kata kita ini seorang mangkuk hayun.

(18)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in toilet story and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.