White House Down, Olympus Has Fallen

Pernah tengok filem White House Down atau Olympus Has Fallen? Pasal rumah resmi US President kena tawan oleh terrorists tu?

Kita di Malaysia ni pun dekat-dekat nak jadi jugak benda macam tu. Kumpulan bala tentera seramai 10 orang ni ada hati jugak nak tawan Istana Negara. Kejadian berlaku subuh-subuh 05 Ogos 2013. Baru lagi.

Lapan lelaki dan dua wanita ni dari Kumpulan Panji Hitam, rakyat Timur Empayar Langkasuka Nusantara, sampai ke depan pintu gate Istana Negara naik tiga buah kereta (bukan naik gajah). Siap bawak bendera lagi. Tanpa senjata. Apa sebab dia orang nak tawan Istana Negara?

Sebab “kami adalah pewaris sah DYMM Sri Paduka Yang DiPertuan Agong“.

Anyway, semua dah kena masuk lokap. Polis dah tangkap dia orang pun. Kiranya sikit-sikit macam White House Down jugak lah.

Hebat, hebat. Memang hebat budak-budak Melaka, Perak dan Kedah ni. Tapi hebat tak bertempat. Hebat yang sesat. Kasi malu satu kampong, kasi malu semua mak bapak. Entah siapa agaknya tok guru budak-budak ni.

Ngarut betul. Orang sibuk nak raya balik kampong buat lemang, dia orang buat perangai tak senonoh.

Bukankah lagi baik kalau dia orang mintak permit teksi individu? Atau demand AP bawak masuk ayam sempena musim perayaan yang serba kekurangan ayam ni? Pergi belajar main golf lagi berfaedah, kan?

Hmmm…takkan terlampau letih puasa kot sampai jadi tak keruan haru-biru macam tu?

sumber:

www.kosmo.com.my/kosmo

www.thesundaily.my

(416)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply