US Fed is wrong!

US Fed is wrong!!!

Banyak pakar ekonomi di Amerika Syarikat telah mengkritik dan mengecam keputusan US Federal Reserve – The Fed – minggu lepas untuk tidak menaikkan kadar faedah (interest rates). Kata mereka, The Fed telah silap besar. Bank Pusat Amerika Syarikat itu sepatutnya, jika mereka bijak, telah menaikkan kadar faedah sekarang, bukan menunggu lebih lama lagi, atau menunggu bulan depan atau hingga akhir tahun untuk berbuat demikian. Itu tidak bijak.

Anda bayangkan, Bank Pusat Amerika Syarikat pun dikatakan tidak bijak dalam membuat keputusannya. Sedangkan individu-indivuidu yang menganggotai Lembaga Gabenornya, dan penasihat-penasihat mereka, tentunya bukan manusia yang calang-calang orang. Pengerusinya, Janet Yellen, adalah lulusan PhD dalam economics dari Yale University.

My point? My point is, di mana pun sama sahaja. Setiap keputusan yang dibuat tidak semestinya sealiran dengan pendapat kita, tidak sama dengan apa yang kita mahu. Tanggapan kita bahawa banyak keputusan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia dalam situasi krisis ekonomi sekarang ini sebagai salah, tidak betul, atau tidak bijak, hanyalah tanggapan kita sendiri sahaja. Keputusan/keputusan-keputusan yang dibuat oleh Bank Negara berbeda dari pendapat kita tetapi mungkin sebenarnya betul semasa ianya dibuat.

Kritiklah keputusan yang dibuat tetapi bukan mencemuh. Berhemah dan gunakan fakta bukan emosi melulu untuk mengkritik dan mengutarakan pandangan kita. Jangan hanya bijak bertanya¬†“Kenapa Bank Negara masih tidak membuat keputusan menambat nilai Ringgit?” seolah-olah kita anggap bahawa keputusan atau tindakan yang dibuat oleh Bank Negara itu sesuatu yang tidak melalui satu proses yang sangat teliti, berhati-hati, berdasarkan fakta.

Satu perkara yang harus kita ingat: Akan sentiasa terdapat dua pandangan atau pendapat atau tindakan yang berbeda, jika tidakpun tiga pandangan. There always two sides to the coin; sometimes could even be three sides.

Oh, satu lagi: Kita dan kumpulan kita bukanlah satu-satunya individu atau kumpulan yang paling bijak dalam negara.

(191)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply