Tips cari Mukasurat dalam naskhah al-Qur’an

Tips untuk cari Mukasurat dalam naskhah al-Qur’an. Itu cerita kita kali ni.

Tapi cerita ini lebih dikhususkan kepada pembaca Muslim. No offense to Non-Muslims, and of course you can also follow the tip given here.

Kebanyakan dari kita, bila hendak mencari atau diminta mencari “Baiklah, kita lihat Juzu’ Ke-25!” kita akan buka dan mencari-cari tercari-cari letaknya juzu’ itu dalam naskhah kita. Mungkin tidak lama, hanya ambil masa dua minit atau tiga minit, tetapi stess jugaklah, bukan?

Mau tahu cara yang lebih cepat? Mari kita kongsi caranya, yang saya baca dalam internet, dalam satu blog (usratty.blogspot.com), yang blogger itu berkata dia sendiri telah mendapatnya dari satu sumber yang lain.

Begini tipsnya (hanya untuk naskhah Al-Quran yang standard saja):

Formula:

  • Step 1:  (Nombor Juzu’ – 1) x 2
  • Step 2: Letak angka 2 selepas angka jawapan Step 1 –> Nombor Mukasurat

Contoh 1
Anda ingin tahu Juzu’ 5 itu di mukasurat berapa:

  • Step 1:  (5-1) x 2    —- 4 x 2 = 8
  • Step 2:  Letak angka 2 selepas angka jawapan Step 1: 82
  • Juzu’ 5 letaknya di mukasurat 82.

Contoh 2
Anda ingin tahu Juzu’ 16 itu di mukasurat berapa:

  • Step 1:  (16-1) x 2    —- 15 x 2 = 30
  • Step 2:  Letak angka 2 selepas angka jawapan Step 1: 302
  • Juzu’ 16 letaknya di mukasurat 302.

Ingat ya, tips tadi: Nombor juzu’ tolak Satu kali Dua, letak Dua di belakang.

Selamat mencuba. Semoga ada faedahnya.

(651)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply