Timbuktu

Timbuktu, sebuah bandar dalam negara Mali, Afrika, sedang dilanda krisis besar.

Sebuah kota lama dan terkenal sejak kurun ke 12, Timbuktu diberitakan mulanya ditawan dan berada di bawah pengaruh puak-puak militan Islam, yang katanya disokong kuat oleh Al-Qaeda (ya, Al-Qaeda lagi).

Timbuktu

Timbuktu

Latest news: tentera Perancis telah berjaya menawan kembali bandar dan daerah yang dikuasai oleh “militant Islam”.

Tapi cerita kita kali ni bukan pasal politik, sejarah, rampasan kuasa oleh tentera Mali tahun lepas, pejuang Islam yang memberontak dan “menawan” wilayah utara negara tu, kemasukan tentera Perancis, bantuan Amerika dan sebagainya lagi, tapi cerita pasal Timbuktu yang pernah saya tau.

————-

Bila dok baca kisah Timbuktu sehari-dua ni, saya teringat masa umoq dalam 10 tahun ke awal belasan tahun (wow! lamanya kena gostan!!). Time tu, around late 1960s, saya (dan generasi saya) dah terjumpak nama “Timbuktu” ni. bukan dalam buku sejarah tapi dalam cerita komik “Tarzan“. Yang saya boleh tengok dalam surathabaq “Utusan Melayu”, sebab arwah bapak saya beli paper tu je, dan orang kampong pun di kedai kopi memang baca paper tu je, sebab paper tu tulisan Jawi.

Anyway, berbalik kepada kisah Timbuktu. Tiap-tiap hari ada siri komik-komik termasuklah cerita Tarzan, dan dalam banyak-banyak cerita hero orang putih yang cuma pakai seluaq dalam je ni, ada cerita dia mengembara, berlawan, dan jadi hero di kota Timbuktu, sebuah kota perdagangan, jual-beli hamba. Melalui cerita ni saya jumpak Tuaregs, orang Arab, orang hitam, dan lain-lain. Masa tu of course lah dok ingat Timbuktu semua tu hanyalah sebuah kota khayalan, cerita dongeng. Rupanya ada sungguh tempat tu. Cerita tipu tapi tempat ada.

Lama lepas tu bila masuk sekolah menengah dan belajaq Bahasa Inggeris, jumpak pulak dengan ungkapan “as far as Timbuktu“. Ungakapan yang nak tunjukkan berapa punya jauh sesuatu tempat tu, atau nak bagitau sesuatu tempat yang macam tak wujud, hanya dongeng:

  • “Where has he gone?” “He’s gone to Timbuktu”.
  • “How far is the place?” “Oh, as far as Timbuktu”.

Setelah berpuluh tahun tak dengaq, tak sebut pasal tempat tu, Timbuktu timboi balik. Tetapi sayang, la ni hanya sebagai tempat yang menjadi medan pertelingkahan.

————–

By the way, kat Timbuktu takdak kot golf course. Kalau ada, mesti ada geng dari KakiGolf yang dah penah ke sana. Paling kurang pun, Tiger Woods mesti dah dapat jemputan pi golf di sana.

Akhir kalam, nak bagi satu idea: Lepas kawan kita tee off, pastu tak nampak bola, pastu dia tanya mana bola dia pi, kita bulih jawab camni:

  • Wow, jauhnya aku pukul. Hang nampak bola aku tak?
  • Ntah, tak nampak. Dah sampai Timbuktu kot.

Errr…buat filem “Timbuktu Aku Datang” mesti best ni!

map source: https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ml.html

(455)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply