Tasik paling besar dalam dunia

Dalam seminggu-dua ini kita semua telahpun membaca, mendengar, melihat dan membincangkan banyak perkara-perkara serta bermacam-macam cerita berat. Maka marilah kita baca pula cerita yang ringan atau trivia sahaja: Tasik apa yang paling besar dalam dunia.

Tasik Bera yang kita semua pernah dengar itu, dan seperti yang kita sedia maklum, bukanlah tasik yang paling besar dalam dunia. Tasik Bera memang tasik terbesar, tetapi terbesar dalam Malaysia sahaja. Untuk pengetahuan bersama, Tasik Bera di jarak terpanjangnya ialah 35km, dan 20km pada jarak paling lebar. 35km! Sejauh kira-kira antara Shah Alam ke Kuala Lumpur melalui Federal Highway.

Bera Lake
Coordinates 3°49′00″N 102°25′00″E
Primary outflows Pahang River
Basin countries Malaysia
Max. length 35 km (22 mi)
Max. width 20 km (12 mi)

Tasik Cini — juga dalam Pahang — boleh tahan luasnya, dan dengan keluasan 13000 hektar ia adalah tasik kedua terbesar dalam Malaysia.

How about Tasik Kenyir? Tasik Kenyir di Terengganu itu —  menurut seorang sahabat saya, tasik yang “serba indah” — memang besar, lebih besar dari Tasik Bera. Tetapi tasik ini adalah tasik buatan, maka kita tak ambil kira dalam cerita “Tasik paling luas dalam dunia” ini. Pun begitu, sekadar catatan, Tasik Kenyir disenaraikan sebagai tasik buatan manusia yang terbesar dalam Asia Tenggara, dengan keluasan keseluruhannya 260km persegi, dan boleh memuatkan seluruh Kuala Lumpur (243km persegi).

Jadi, tasik mana yang paling besar dalam dunia?

Tasik paling besar dalam dunia ialah Caspian Sea. Luasnya ialah 371,000 km persegi. Mari kita bayangkan: Semenanjung Malaysia bersaiz 132,000km persegi, sementara Sarawak dan Sabah pula seluas 199,00km persegi! Seperkara lagi, Caspian Sea juga merupakan tasik air masin terbesar dalam dunia.

Caspian Sea

Jika kita sebut “tasik air masin terbesar”, mana pula tasik air tawar terbesar dalam dunia? Gelaran atau rekod ini dipegang oleh Lake Baikal jika diukur dari segi volume air. Jika diukur dari sudut keluasan, title “tasik air tawar terbesar” dimiliki oleh Lake Superior, di Amerika Utara, pada keluasan 82,000 km persegi (luas Sabah ialah 74,000km persegi).

Lake Baikal

Lake Baikal

Bila kita sebut cerita “tasik”, kita mungkin teringat akan nama “Tasik Pauh Janggi“, tasik yang paling dalam. Namun setakat ini Tasik Pauh Janggi masih belum dijumpai, masih menjadi misteri, tersembunyi. Kerana itu nama tasik ini belum lagi tersenarai dalam mana-mana rekod sebagai tasik paling dalam.

Rekod yang diiktiraf menunjukkan bahawa tasik paling dalam dalam dunia ialah Lake Baikal, yang point paling dalamnya ialah 1600 meter, atau 1.6km. Bandingkan, ketinggian Petronas Twin Towers hanya 452 meter!

Sebelum cerita ini diakhiri, elok jugak saya beritahu kepada anda yang bukan golfers: padang golf (golf course) juga mempunyai banyak tasik. Tetapi seluas manapun tasik itu tidak pula ianya dipanggil “tasik” tetapi dipanggil “kolam“, atau dalam Bahasa Inggerisnya, “pond“.

Dan setakat cerita ini ditulis belum lagi ada senarai rasmi “Kolam Paling Luas atau Paling Dalam di padang golf”.

(800)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply