Tanda Pangkat Anggota Lain-Lain Pangkat Polis DiRaja Malaysia

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah lama ditubuhkan, lebih dari 200 tahun yang lalu, pada 25hb Mac 1807. Sejak itu banyak yang dah berubah. Tetapi kita tidak pasti sama ada letakduduk tanda pangkat untuk anggota Lain-Lain Pangkat polis kita telah turut berubah.

Pada masa ini, bagi anggota polis bawahan iaitu yang berpangkat Lans Koperal, Koperal, Sarjan, dan Sarjan Mejar, tanda pangkat mereka dilekatkan pada lengan baju (upper arm) sebelah kanan sahaja. Lengan baju sebelah kiri dibiarkan kosong.

photo: galeripdrm.blogspot.com

photo: galeripdrm.blogspot.com

Orang awam, bukan orang polis, akan tahu pangkat seseorang Lans Koperal, Koperal, Sarjan, atau Sarjan Mejar hanya apabila melihat beliau dari satu sudut. Jika kita berada di sebelah kiri beliau, kita memikirkan dia hanya seorang polis berpangkat Konstabel sahaja. Sebab lengan kirinya kosong.

photo: rmp.gov.my

photo: rmp.gov.my

Memang, bak kata Orang Putih, “It’s no big deal”. Tapi kita rasalah, elok jugak kalau tanda pangkat polis berpangkat Lans Koperal hingga Sarjan Mejar “di seimbangkan” kanan dan kirinya. Supaya bila mereka berpaling ke kiri pangkat mereka dapat kita lihat. Lagipun, “seragamkan”lah dengan pasukan-pasukan beruniform yang lain. Tentera misalnya, ataupun badan penguatkuasa majlis bandaran, meletakkan tandapangkat pada uniform anggota mereka di kedua-dua belah lengan, kanan dan kiri.

(1523)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.