Surau Kelab Golf

Cerita kali ini saya nak sentuh sikit pasal tempat/ruang solat di sebuah kelab golf. Cerita pendek sajalah, sesuai dengan saiz surau kelab golf yang berkenaan ini.

Di tiga-empat padang golf atau kelab golf (golf club) yang saya pernah bergolop – dan saya pun hanya mampu bermain di tiga-empat golf course sahaja saiz surau (tempat/bilik/ruang solat) memanglah tidak besar atau tidak luas. Maksud saya, tidaklah seluas surau di kawasan perumahan atau di kampong, sebab kelab golf bukannya tempat tinggal, bukan kawasan perumahan, bukan kampong. Sesuai dengan statusnya yang merupakan hanya sebuah tempat sementara bagi mereka yang datang bergolop sahaja.

Kelab golf yang satu ni, dalam kawasan Lembah Klang, course-nya ada tiga lapangan 9-lubang (orang Putih kata, there are three 9s), atau 27 lubang. Tidak banyak kelab golf yang mempunyai 27 lubang; kebanyakannya bersaiz standard, saiz biasa, iaitu dua 9s, 18 lubang. Maknanya kelab golf ni memang besar. Statusnya pulak mencapai tahap elite, gagah bergaya. Tinggilah juga batang hidung sesiapa yang bergolop di kelab ni. Tetapi alahai, saiz ruang solat atau surau tersangatlah kecil. Tak sepadang dengan statusnya yang hebat.

Dalam surau kelab golf ini, hanya lima atau enam orang sahaja yang boleh bersolat serentak: seorang imam, empat atau lima makmum. Jika ramai yang nak bersolat? Kenalah solat di luar ruang surau itu. Di celah-celah lorong lockers.

Lain ceritanya di tiga-empat kelab golf yang lain. Ada sebuah kelab golf ni, hanya bersaiz 18-lubang tetapi menyediakan ruang solat atau surau yang sangat selesa untuk tidak kurang dari 10 orang. Sebuah kelab golf yang lain pulak, juga bersaiz 18-lubang, disediakan dua bilik sebagai surau untuk golfers.

Ada tak kelab golf lain yang saiz suraunya seluas sekangkang kera? Ada; boleh muat 4 orang, satu imam dan 3 makmum. Maksimum! Tetapi berpadan amatlah dengan statusnya yang jauh mencorot-corot dibandingkan dengan kelab yang diceritakan ini.

Sekadar untuk saling paham-memahami, sekian dulu cerpen saya mengenai surau di kelab golf.

(458)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, Stories to share with you and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply