Siti Nurhaliza join Tentera Wataniah

Sehari-dua yang lalu Bernama (Berita Nasional Malaysia) telah melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Datuk Siti Nurhaliza akan menyertai Askar Wataniah tidak berapa lama lagi. Sekarang ini hanya menunggu  izin dari Datuk K (Khalid) sahaja.

Siti Nurhaliza

Jaclyn Victor juga akan turut berbuat demikian, kata menteri itu lagi. Beliau (Datuk Seri Zahid) akan juga menjemput beberapa artis terkenal lain masuk pasukan sukarela tentera simpanan ini yang dulu-dulunya lebih terkenal dengan nama T.A. (Territorial Army). Beliau percaya ini mampu mendorong penyertaan lebih ramai individu yang berumur 35 tahun ke bawah ke dalam Askar Wataniah.

lambang (emblem) Askar Wataniah

Agaknya kalau Lisa Surihani pun join Askar Wataniah ni…

Lisa Surihani

…berduyun-duyunkah lelaki berumur antara 18 ke 35 beratur memohon nak join tentera sukarela ni?

Dan andainya kempen atau approach yang diguna oleh Menteri Pertahanan itu berjaya, maka agak pastilah Pak Ngah akan sangat-sangat susah nak cari kaki bergolop di hujung-hujung minggu, sebab ramainya geng-geng sahabat handai anak saudara Pak Ngah ni…

mungkin 85% dari dia orang ni nak masuk Wataniah gak!

…yang sama-sama jadi member forum Kakigolf.com (http://kakigolf.com/forum), tiba-tiba timbul semangat patriotik berapi-api nak join Wataniah jugak. Ya lah, kalau Tiz Zaqiyah, Scha Yahya, Farin Ahmad, Fasha Sandha, Maya Karin dan sesapa lagi semua pakat join Wataniah…

Faizal, jom golop isuk?

Sorry la Pak Ngah, saya ada kawad Wataniah.

 

Shuq, jom join Pak Ngah Ahad depan golop di the Mines? Kawan PakNgah belanja, kita main free.

Tak bulih PakNgah, saya ada kawad.

 

Jo, lusa golop, jom? Aku tak bulih, ada duty di kem Wataniah.

Hang dah umoq 50, mana boleh join Wataniah?

Boleh, aku jadi Sarjan Kehormat.

(730)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Siti Nurhaliza join Tentera Wataniah

  1. Budakboy says:

    Hahaha…lets join da club =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.