Sikit rasa cemas dalam kapalterbang

Ni cerita yang kawan PakNgah pernah cerita. Berlaku tiga empat bulan lepas. Kes yang buat dia rasa cemas dan panic (Kategori 3 kalau skala tu 1 hingga 5 — 1 adalah paling tak cemas, 5 adalah paling cemas tahap bulih kena heart attack).

Aku dengan missus nak pergi ke sebuah tempat. Tak jauh pun: kalau KL ke Penang tu gerenti aku drive jer, tapi tempat yang kami nak tuju tu kereta tak sampai, bas ekspres double-decker pun tak pergi, keretapi jauh sekali, so kena naik kapalterbang jugaklah. Apa nak heran pun, ini zaman Now everyone can fly.

Tali pingang seat belt dah pasang, tempat duduk dah tegak, tapi bila time yang sepatutnya kapalterbang tu start gerak, tak jugak dia bergerak. Tractor kecik yang kerja dia menolak kapalterbang pergi ke runway tu drebar dia mogok ka, lupa ka, habih beteri ka? Jangankan nak gerak, pintu besar kapalterbang tu tak ditutup pun lagi. Ada orang buat lawak “Now everyone can wait”; kawan-kawan dia gelak. Gelak nak marah la tu — sure punya.

Bila aku tertengok keluar tingkap, aku nampak orang baju oren dok berbincang-bincang dengan orang macam airport security. Apahal pulak ni? kapalterbang kena hijack? Polis nak tangkap criminal yang masuk dalam kapalterbang ni?

Pastu aku nampak lori besar warna kuning di bawak masuk. Orang dia keluar heret hose bomba. Ni sah bomba airport. Ah sudah, ni bukan main-main ni. Apa hal ni, kapalterbang terbakar ke? Aku dah start tinjau-tinjau mana jalan keluar bila kecemasan, dah gagau dalam poket mana simpan passport. Aku cakap dengan missus aku, you tengok kat bawah tu, tak tau apa benda semua ni. Missus aku kata kita baca doa banyak-banyak.

Aku dah start rasa panic. Kalau apa-apa jadi, aduuuhhhh….

Kemudian orang airport dengan lori bomba airport tu start sembur air, hala ke injin. Air ke buih ke tak taulah, tapi memang dok hala ke injin atau bawah injin (aku kurang nampak; terlindung). Rasanya time ni kot, barulah stewardess buat announcement: dengar-dengar macam dia kata minyak tumpah. Kurang clear sebab dia punya pelat aku susah nak paham. PA system kapalterbang pulak tau-tau sajalah, mana ada yang clear. Macam PA system stesen keretapi jugak, tak tau sangat apa benda dia orang cakap. Tapi betul kot cerita stewardess tu, sebab bau minyak kerosene masuk dalam kapalterbang agak kuat.

Last sekali, everything was alright. Terasa jugaklah cemas dan panic tu, tapi kira okey lah. Kami berlepas, selamat sampai tempat dituju, dan selamat balik ke bumi 1Malaysia ni.

(445)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply