Sembahlah Allah di mana jua

Sembahlah Allah di mana jua dan waktu mana kita berada. Itulah cerita kita kali ini. Cerita pendek, bukan cerita panjang.

Saya telah singgah di gerai bola golf sekenhen di lokasi ni pada suatu hari. Ya, saya beli bola sekenhen je, sebab dengar ceritanya, bola baru lebih mudah masuk kolam, lebih senang sembunyi dalam rumput tebal. Bola sekenhen tak mudah hilang; kalau masuk kolam, dia akan lompat keluar semula.

Anyway, semasa menapak ke rak bola untuk memilih dan membeli bola tu, tak nampak pulak tuan gerai, sedangkan keretanya ada. Seminit kemudian baru saya nampak tuan gerainya di mana.

Di manapun jua....

Encik Zaidi, tuan gerai bola sekenhen ni, sedang solat.

Simple saja tempat solat dia. Bukan carpet tebal, tanpa aircond, tiada kipas. Hanya atas sekeping papan plywood yang di letak atas galang-galang kayu atas monsoon drain.

Kerana Allah wujud di mana-mana, Dia sentiasa Melihat dan Mendengar.

Maafkan saya Encik Zaidi, saya sekodeng gambar ni.

 

 

 

(149)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply