Selamat Hari Pekerja (Workers’ Day) 01hb Mei

Kepada semua pekerja, terutama sekali anak buah yang bekerja bersama-sama dengan PakNgah, PakNgah ucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja.

Tahun ni, 01hb Mei jatuhnya pada hari Ahad, oleh itu hari Isnin 02hb Mei jadi cuti umum. Untuk mereka yang memang asalnya tak kerja hari Sabtu, wow, panjangnya cuti! Sabtu, Ahad, Isnin. Dah buat plan ke mana nak jalan, apa aktiviti nak buat? Kalau nak join perhimpunan Hari Pekerja anjuran kerajaan punya, bukan 01hb Mei, tapi 07hb Mei. Di Bukit Jalil.


(from the website of the Malaysian Human Resources Ministry)

Nak memanjangkan sikit lah cerita yang PakNgah dengar dan baca pasal Hari Pekerja ni.

Dulu (tak ingat bila) kita di Malaysia tak panggil “Hari Pekerja”, kita panggil 01hbMei “Hari Buruh”; “Labour Day”. Time tu, bunyi okey jer, “Hari Buruh”. Sebab ramai kaum pekerja yang menjadi “buruh”: orang yang kerja guna kudrat tulang empat kerat, tak bulih guna otak (Pengurusan akan kata “you do the menial jobs, we will do the thinking”. Ya lah, kerja kuli di lombong, menoreh getah, buat jalan keretapi, kerja dengan PWD (JKR) buat jalan. Later on baru dinamakan “Hari Pekerja”, “Workers’ Day”. Sesuai dengan zaman yang dah berubah, orang yang makin maju, makin educated. “I am an employee, I am not a labourer!”

Lagi satu cerita, bukan semua negara sambut Hari Pekerja pada 01hb Mei. Ada sebuah-dua negara yang sambut pada tarikh lain. USA dan Canada, dia orang sambut Hari Pekerja ni pada hari Isnin pertama bulan September. Di Ireland, dia orang sambut pada hari Isnin pertama bulan Mei. Australia sambut lain-lain tarikh, ikut negeri masing-masing. Contoh: Western Australia sambut pada hari Isnin pertama bulan Mac! Tapi kebanyakan negara celeberate Hari Pekerja pada tarikh 01hb Mei: termasuklah Rusia, China, Britain.

Walau tarikh mana pun, yang penting ialah pada hari tu eloklah kita hargai pengorbanan dan sumbangan pekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat, negara dan ugama.

Selamat menyambut Hari Pekerja! (dan Selamat Bercuti jugak :D)

(485)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.