Salah satu penyebab darah tinggi zaman sekarang

Masa-masa “peak time”, semua orang nak cepat ke tempat kerja atau nak cepat balik rumah dari tempat kerja. Kita pun penat jugak, sama macam dia orang. Tapi dalam penat dan letih tu, kita masih juga ikut peraturan: masuk lorong yang betul, duduk dalam barisan, kiu elok-elok, tunggu lampu merah nak jadi hijau kat simpang jalan.

Tup-tup, ada hamba Allah yang senang-lenang jer cilok dari kiri atau kanan, sua muncung kereta dia depan kita!! Tak ke rasa geram, rasa marah, rasa stress?

ada sesapa lagi nak cilok, silakan!!

Dah la buat perangai buruk macam tu, dia orang ni langsung tak rasa bersalah pulak tu. Tak angkat tangan tabik “I am sorry but..” langsung. Macamlah apa yang dia orang buat tu yang betul, kita yang duduk tercangok tunggu dari tadi tu, bodoh piang.

Tapi nak buat macam mana, zaman facebook ni, bukan bulih tegur orang-orang yang buat kelaku tak senonoh ni. Kalau kita tegur, silap haribulan kita pulak yang kena bantai dengan steering lock.

So nak buat apa?

Buat donno jer lah. Tahan marah, tahan geram, takut blood pressure mendadak naik, susah kita jugak, bukan dia orang tu.  kalau masih sabar lagi, doakan semoga dia orang ni diberi petunjuk menjadi orang yang bertimbangrasa satu hari nanti.

(419)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.