Polis trafik bodoh! Gaji haram!

Polis trafik bodoh?

Itulah kata seorang penceramah ugama pada suatu hari. “Polis trafik bodoh!” Heh heh heh…terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terima padah.

Telah banyak kali kita baca dan dengar atau tonton bagaimana fitnah dan tohmahan yang dipercakapkan akhirnya membawa padah kepada pengucapnya. Apabila di bawa ke mahkamaha, pelbagai hukuman dikenakan: perintah bayar gantirugi, bayar denda, perintah memohon maaf terbuka.

Kes Ustaz Nahar

Akhbar “Sinar Harian” keluaran 26 Ogos 2016 telah melaporkan itulah yang telah terjadi ke atas seorang penceramah bebas kerana mulut-lidahnya. Yang Berbahgia Ustaz Nahar Afandi Ghazali, 44, dari Kg. Melayu Rasa, Selangor telah dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau selepas beliau mengaku bersalah membuat tohmahan terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semasa menyampaikan satu ceramah di kuliah Subuh┬ádi Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 20 Februari yang lalu.

Menurut fakta kes, tohmahan yang dibuat oleh Ustaz Nahar antaranya berbunyi “…polis bodoh hari Jumaat buat speed trap, bodoh punya polis trafik. Polis trafik bodoh. Hari Jumaat engkau boleh jaga negara, tidak sembahyang Jumaat jika ada rasuah, jika ada benda yang mengganggu ketenteraman negara. Jika sebab saja-saja nak buat roadblock, haram gaji pada hari itu. Jangan jadi bahalol sebab bagi anak bini makan duit haram“.

Ceramah beliau telah tersebar-luas dalam social media termasuk YouTube.

Mohon maaf

Semasa membuat mitigasi (rayuan sebelum hukuman dijatuhkan), peguam kepada Ustaz Nahar berkata, “Anak guam saya juga menyesali dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia memohon maaf di atas kesalahannya itu.”

Semoga mereka yang berpengaruh dalam masyarakat lebih berhati-hati dalam ucapan atau ceramah mereka. Ini kerana khalayak lebih mudah mempercayai apa yang mereka katakan tanpa mengira ianya benar atau palsu.

(95)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.