Menghafal Al-Qur’an

Cerita kali in mengenai menghafal Al-Qur’an.

1.   Kita boleh nampak di banyak tempat dalam Malaysia ni pusat-pusat tahfiz atau pusat pengajian Al-Qur’an, pengajian Ugama Islam. Kesemuanya, saya rasa, memasukkan pelajaran menghafal Al-Qur’an sebagai core subject.

2.   Satu hari saya sedang memandu, terdengar di radio seorang ustazah sedang memberi ceramah. Ceramahnya mengenai “G7M” iaiatu membentuk satu generasi (“G“) yang menguasai Al-Quran dalam hidup seharian. 7 “M” itu ialah seperti di bawah:

  • Mempelajari Al-Qur’an
  • Membaca Al-Qur’an
  • Menghafal Al-Qur’an
  • Mengajar Al-Qur’an
  • M saya tak ingat
  • M saya tak ingat
  • M saya tak ingat

photocredit: http://en.wikipedia.org/wiki/Quran

3.   Dalam masa dia menghuraikan G7M-nya itu, Ustazah tu menceritakan mengenai seorang pemuda Indonesia yang berjaya menghafal Al-Qur’an — 30 juzuk! — dalam masa dua bulan sahaja. Bukan dua bulan pun sebenarnya: hanya 56 hari! Ustazah tu kata dia dapat tau cerita ni melalui sebuah buku yang ditulis oleh pemuda iu sendiri, menceritakan pengalamannya dan kaedah yang dia guna.

4.   Tetapi sayang sekali, saya tak dapat ingat nama pemuda itu dan nama bukunya. Maklumlah, sedang memandu dalam traffic jam yang hebat, maka nama yang ustazah tu sebut pun antara dengar dengan tidak. Bila sampai di rumah, terus tak dapat ingat dah nama buku dan nama hafiz tu. Nama ustazah tu pun tak ingat jugak. Aduhai…semuanya saya tak dapat hafal!

photo credit: Rahman Ariffin

photo credit: Rahman Ariffin

 5.   Tak apalah. Yang penting, cerita kita kali ni nak bagitau bahawa mampu jugak sesetengah orang menghafal Al-Qur’an dalam masa dua bulan, apa lagi enam bulan, atau satu tahun atau lebih. Senangkah nak menghafal Al-Qur’an yang sebanyak lebih 6000 ayat tu? Tentunya bukan senang, banyak cabaran, pelbagai dugaan, tetapi keywordnya ialah: bisa dilakukan.

6.   Saya? Susah sikit agaknya. Nak hafal nama ustazah tu, nama hafiz tu, dan nama bukunya pun tak dapat. Banyak sangat makan kepala ikan kot?

(397)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply