Masalah bekalan air punya cerita

Dari masa ke semasa kita baca atau tengok dalam mana-mana jenis media masalah bekalan air yang sering terjadi di sana dan di sini. Atas alasan dan sebab itu ini begitu begini, satu pagi bila kita nak mandi nak bersiap untuk nak pergi makan kenduri atau nak ke shopping complex atau nak main golf, kita bukak paip, air tak terjun turun macam biasa. Bekalan terputus. Kering.

Lalu bermulalah satu masalah paling besar dalam hidup dunia moden. Tiada bekalan air melalui paip air masuk ke rumah memanglah bagaikan satu malapetaka. Blood pressure boleh naik, semua orang marah-marah panas baran, akal boleh hilang. Betullah kata orang, “Biar takdak letrik dari takdak air”. Bayangkan kalau dua hari, tiga hari no water supply: kainbaju bertimbun tak berbasuh, mandimanda tak terurus, tandas pulak…errr…tandas…

  bila air tak masuk rumahpic source: mynewshub.my

Bercakap pasal water supply, disrupted water supply ni, ada kawan marah-marah tanya aku, “Tak pelik bin ajaib ka, kawasan yang ada orang-orang kaya duduk, VVIP duduk, menteri duduk, tak pulak aku dengaq ada masalah putuih ayaq? Pump house kawasan tu, segala paip ayaq depa, semua perfect ka? Rosak tak pernah, bocoq pun tidak?!”

paip pecah, pancur kering

paip pecah, pancur kering

Dia tanya soalan tu kat aku buat apa, bukan aku boleh jawab pun. Kalau di Selangor ni, tanyalah Syabas atau mana-mana pihak yang memang jaga benda-benda macam ni.

Lagipun tak guna jawab. Dia dah naik hot pasal tak mandi dua hari. Dua hari naik turun flat pikul baldi besar. Dah dua hari dia tak dapat turun ke padang main golf.

Dipendekkan cerita, memang mengharukan lagi harubiru bila bekalan air terputus. Kesian tau, tengok segala orang segala umur turun naik usung baldi penuh air, selepas tunggu setengah jam, satu jam belakang lori tangki air. Inikan hidup zaman maju, kita kan menuju negara maju. Datuk Dr Sheikh Muszaphar dah ke angkasa pusing keliling bumi, tapi di bumi masih berdepan dengan masalah paip bocor pump house rosak. Isyyyy lecehlah. Eloklah pihak berwajib atasi masalah yang sangat basic ni.

Next time these things happen again, kalau boss-boss besar yang berkenaan tu kaki golf, eloklah berhenti sekejap main golf, tumpukan perhatian to solve the problem, tunjuk sedikit sebanyak rasa simpati kepada mangsa-mangsa. Kalau kaki pancing, pun sama jugak.

(562)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply