Makanan Halal di Bangkok

1.   Saya nak kongsi cerita mengenai di mana nak dapatkan makanan halal di Bangkok. Maka ini bukanlah cerita pasal “saya melancong ke Bangkok” 🙂

2.   Sebelum tu, saya perlu bagitau bahawa ini hanyalah pengalaman peribadi saya sebagai seorang yang hanya baru dua kali pergi ke Bangkok. Secara lebih khusus, saya hanya pergi ke area Pratunam dan berada di sana selama 4 hari, dan setengah hari ke Chatuchak Market. Tidak ke lain-lain tempat dalam Bangkok macam tourist sebenar (naik bot, atau naik River Cruise menyusur sungai Chao Phraya, atau lain-lain). Bukan juga di area hotel-hotel lima atau enam bintang.

3.   Berbalik kepada soal makanan halal. Dari apa yang saya tanya dan cari, mendapatkan makanan halal di area yang saya pergi dan tinggal di kawasan Pratunam itu tidaklah susah sangat tetapi tidak juga senang. Yang pasti: (1) makanan halal di area tu tidaklah murah, dan (2) tiada nasi lemak. 😀

Apalah bangkok tanpa tuk-tuk (photo: Rahman Ariffin)

4.   Saya hanya pergi ke MBK, Platinum Shopping Mall, Indra Square, dan Chatuchak. Di hotel 3-Bintang tempat kami tinggal (dekat Jalan Ratchaprarop) memang tidak ada makanan halal. Jadi saya cerita mengenai tempat-tempat di atas tadi sahajalah.

5.   MBK:  di tingkat paling atas terdapat foodcourt. Saya terjumpa hanya ada sebuah gerai yang menjual makanan halal, dijual oleh orang Muslim. Jenis makanan ialah Thai-style dishes. Ada ayam goreng, sementara kari dan lauknya citarasa Thai. Harga sepadan dengan standard foodcourt. Ada restoran halal di tingkat lain – middle-eastern – tetapi saya tidak ke situ.

Foodcourt MBK

Foodcourt MBK (photo: Rahman Ariffin)

6.   Platinum Fashion Mall: foodcourt memang ada. Dan ada dua buah gerai halal di situ. Yang saya pergi makanannya ala-ala India/Pakistan. Ada nasi bryani, ayam massala, kari dan lain-lain. Taste? Tidak sama dengan taste di Malaysia 😀

7.   Chatuchak: Saya dibagitau oleh pengunjung lain bahawa ada dua buah gerai makanan halal di sini tetapi saya hanya ke sebuah gerai sahaja. Ada pulut mangga, nasi goreng, tomyam, somtam, ayam goreng, ikan goreng sambal dan lain-lain. Harga? Bagi saya, agak mahal. Atau mungkinkah sebab tuan kedai tengok saya ni orang asing maka harganya naik sedikit?

gerai makanan halal, Chatuchak Market

gerai makanan halal, Chatuchak Market (photo: Rahman Ariffn)

Gerai halal, Chatuchak Market

Gerai halal, Chatuchak Market (photo: Rahman Ariffin)

8.   Indra Square: Ini memang “heaven” bagi saya berbanding dengan tempat/lokasi lain di atas tadi. Bolehlah rasa ke-mamak-kan bila berkunjung ke kedai-kedai makan di sini. Ada chapati, roti canai, nasi bryani, ayam masala dan kheema kambing. Cuma harganya sedikit mahal.

Lorong masuk ke kedai-kedai makanan halal

Lorong masuk ke kedai-kedai makanan halal (photo: Rahman Ariffin)

20150131_163443

sebuah lagi restoran halal di Indra Square (photo: Rahman Ariffin)

 9.   Mahal melangit!:  Di malam kedua saya di sana, saya dan keluarga dibawa/mengikut sebuah tuk-tuk. Restoran seafood, tidak jauh dari hotel saya area Pratunam tu. Namanya “Sombondee Seafood Market“. Bila sampai, nampaklah dua keluarga pelancung orang Islam lain. Makanan yang saya pesan: ikan steam, sedikit sotong, sedikit udang, tomyam, nasi putih, minuman.

Makanan sedap, tomyam bagus rasanya. Tetapi bila bil sampai, macam nak tercabut biji mata: Untuk semua itu – saya sekeluarga 5 orang – hampir-hampir RM600! Bila ditanya, supervisornya bagitau laju-laju sampai tak paham apa dia kata. Bila mintak detailed bill, dia tak bagi, hanya bagi bill lump sum. Malaslah nak bising-bising, bayar dan keluar kedai. Memang sah dah kena sembelih!

10.  Apapun, diharap maklumat yang sedikit ini boleh membantu sesiapa saja yang pertama kali berkunjung ke Bangkok untuk shopping mendapatkan makanan halal.

(1964)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply