Lukisan paling mahal di dunia

Tahukah anda berapa nilainya sebuah lukisan paling mahal di dunia setakat ini? Ini cerita pendek kita kali ini.

Lukisan paling mahal sehingga saat ini telah berpindahmilik pada harga US$300 juta, minggu lalu. Lukisan itu ialah “Nafea Faa Ipoipo?” (“Bila anda nak kahwin?”) karya Paul Gauguin, pelukis terkenal Perancis, yang telah beliau hasilkan dalam tahun 1892.

foto dari wikipedia

foto dari wikipedia

Media telah melaporkan bahawa pemilik lukisan itu, keluarga Rudolf Staechelin, telah menjual lukisan itu kepada pembeli dari Timur Tengah, dipercayai Muzium Qatar.

Nationa Museum of Qatar

National Museum of Qatar

Sebelum ini, lukisan paling mahal di dunia telah dibeli pada harga US$250 juta oleh Keluarga DiRaja Qatar dalam tahun 2011. Lukisan itu ialah karya Paul Cezanne, “The Card Players”, yang telah dihasilkan dalam tahun 1892/93.

Moral of the story: Anak anda suka conteng dinding rumah anda dengan crayon, pensel warna? Biarkan dia begitu!!

Maknanya dia punya punya bakat melukis. Hantar saja dia ke mana-mana tempat latihan mengasah bakat melukis, kolej dan universiti. Berkat doa anda sebagai emak-bapaknya, siapa tahu anak anda akan menjadi pelukis yang kaya raya satu hari nanti.

(395)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply