Kereta Habis Minyakk!!!!

1.  Saya tidaklah bersandarkan kepada data dan statistik tapi rasa-rasanya 70% dari kita pernah mengalami kes kereta habis minyak, atau dekat-dekat nak habis minyak. Maksud saya, bukan setakat kereta ja; termasuklah motor, bas, sampan, bot, bas atau lori; apa-apa sajalah kenderaan yang kita pernah bawak.

2.  Saya teringat bab habis minyak ni sebab malam tadi, masa bawak kereta nak hantar anak ke suatu majlis, lagi sekali saya ternampak lampu amaran minyak dok menyala tak berkelip-kelip langsung.  “Lagi sekali” sebab dari paginya saya dah nampak lampu tu sekejap timbul sekejap hilang. Dalam hati dah cakap, satgi kena isi. Tapi tangguh jugak – dari pagi ke tengah hari, tengah hari ke petang, petang ke malam.

Lampu tangki nak kosong dah menyala non-stop!dia

Kereta saya ni bila lampu tu menyala non-stop, maknanya baki minyak mungkin tinggal 50km saja kot. Atau 30km (tak pasti, sebab tak pernah test). Jadi dah jadi kes berat,  lalu dalam hujan tengah lebat, saya bawak pelan-pelan ke setesen minya. Panik dah mula terasa, dalam hati berdoa “jangan la habis minyak, bagi la sampai setesen minyak dulu”.

3.  Lama dulu (masa tu time anak baru dua orang), saya pernah kena kes habis minyak ni. Dalam masa hujan lebat jugak, waktu petang. Baru ambik orang rumah dari pejabat dia, tak sampai dua kilometer, injin kereta mati. Dalam hujan yang sangat lebat tu kami keluar dari kereta, dua-dua basah kuyup; kelamkabut. Air tepi jalan mengalir deras, tenggelam buku lali.

4.  Dalam banyak-banyak kereta dan motor yang lalu-lalang tu adalah sorang hamba Allah ni singgah, tanya apa hal, dan ajak saya naik motor dia pergi ke setesen minyak, beli minyak sebotol, patah balik ke kereta kami. Terima kasih sungguh kat orang tu (tanya nama dan mana duduk, dia tak mau bagitau; “saya tolong ikhlas ni”).

5.  Sejak dari kes tu, orang rumah saya tak akan biar tangki minyak kereta dia kosong. Paling teruk pun, dia akan resah bila meter minyak tunjuk ja 1/4, dan bergegas akan isi minyak sampai penuh. Selalunya meter tu baru cecah setengah, dia dah isi penuh.

6.  Saya? Kekadang, never learn! Walaupun tahu perangai macam tu sangat risky. Ya lah, buatnya ada emergency tengah malam, ada family member yang sakit nak kena bawak ke hospital tapi minyak kosong?

(1845)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.