Kenapa subjek Mathematics itu penting

Kita semua sering bertanya, “Kenapa subjek Mathematics itu penting sangat?” Ya lah, contohnya nak lulus SPM mesti lulus Mathematics. Nak masuk universiti mesti ada Mathematics. Sedangkan bila dah kerja esok-esok, bukannya gunakan sangat benda-benda yang ber-mathematics ni.

Bagi banyak jenis pekerjaan, penggunaannya pun setakat basic kira-mengira je. Mana ada customer datang order “Saya nak minum air barli panas gelas besar; berapa mililiter air barli yang saya dapat?”

Bila customer nak order kain buat baju kurung, juga tak berapa perlu susah payah pasal Mathematics. Potong je kain tu 4 meter, beres ! Customer tu takkan suruh kita buat kiraan berapa meter persegi kain yang dia dapat.

Tetapi jangan pula ambil mudah, jangan main-main, jangan ketepikan sama sekali hal Mathematics ni. Anda masih perlu ambil tahu sedikit sebanyak tentang Mathematics. Tentang “Kira-Kira“. Akan ada situasi di mana anda mesti tahu basic Mathematics, yang mewajibkan anda tahu mencari jawapan yang tepat, tanpa ragu-ragu, bukan main agak-agak je. Kita sebut di sini dua situasi sebagai contoh:

Situasi 1:   Anda baru bekerja, bermula pada 11hb April. Anda dibayar gaji bulan. Gaji Pokok anda ialah RM1500.00 sebulan. Anda tidak akan dibayar RM1500.00 sebagai gaji bulan April; anda hanya dibayar berasaskan kepada bilangan hari bermula dari 11hb April hingga 30hb April. Tanpa sedikit ilmu Mathematics, anda tidak dapat nak pastikan apakah gaji yang dibayar kepada anda betul atau pun berkurang, atau berlebih.

Situasi 2:   Dalam majlis akad nikah anda, bakal bapa mertua anda bertanya kepada anda: “Baran, berapa jawapannya 15+6? Jika anda (“Baran”) menjawab “17”, berkemungkinan besar majlis itu dibatalkan, perkahwinan itu tidak diteruskan, dan anda terlepas peluang menjadi suami kepada seorang gadis cantik jelita!

Dan kes seperti ini memang pernah berlaku. Di negeri Uttar Pradesh, India. Dalam satu majlis perkahwinan, Baran (pengantin lelaki) telah disoal oleh bakal isterinya yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena: “Berapa 16+5?” Baran menjawab “17”. Pengantin perempuan enggan meneruskan majlis, majlis pernikahan dibatalkan, semua hadiah dan hantaran di beri balik kepada dua-dua pihak.

Oleh itu, tidak syak lagi, dalam hidup ini, anda perlulah menguasai ilmu Mathematics sekurang-kurangnya di peringkat basic. Peringkat “Lulus” dalam SPM.

(363)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply