Kenapa berniaga itu penting

Tazkirah Maghrib di sebuah surau (antara yang dapat diingat).

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., bunyinya (setakat yang masih diingat) “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah“.

Maka kita digalakkan bersedekah. Kita tidak digalakkan meminta-minta. Mulakan sedekah kita dengan keluarga dan adik-beradik kita dulu, kemudian orang lain yang lebih jauh. Sedekah pula bukan hanya wang atau harta: senyum ikhlas satu sedekah, buang ranting tengah jalan pun sedekah. Doa untuk saudara kita juga sedekah.

Tapi jika kita nak bersedekah wang ringgit dan hartabenda, satu dari caranya ialah berniaga. Kalau kita nak tingkatkan mertabat ummah, satu dari caranya ialah berniaga. Kerana kata nabi, 90% sumber rezeki itu dari perniagaan. Dan buatlah untung, tetapi bukan dengan tipu helah, bukan rasuah. Untung itu perlu kerana tanpa untung, macam mana pulak nak bayar zakat, nak bersedekah, sedangkan zakat itu Rukun Islam, sedekah itu amat diunjurkan oleh ugama.

Last point: Kita selalu kena berhati-hati dari sifat tamak, lupa diri, lupa Allah. Kerana Syaitan sentiasa nak kacau kita. Syaitan akan bisik kat kita “dah ada 5 juta, cari lagi mana cukup lima juta. Dah ada 10 juta, dia bisik lagi, cari lagi mana cukup banyak tu!” Maka kita mesti selalu berdoa kepada Allah supaya kita dicukupkan, dan tidak bergantung kepada makhluk kecuali hanya kepada Allah.

(827)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply