Kalau dapat laki “bertuah”…

Bila wanita dapat laki “bertuah”, inilah yang terjadi: tinggallah ibu membesarkan anak-anak mereka dengan segala susahpayah tanpa bantuan ayah mereka.

Memang tidak ada siapapun yang meminta atau mahu jodoh mereka tidak kekal. Tetapi bila berlaku perceraian, sang laki jangan lupa tanggungjawabnya. Iaitu memberi nafkah kepada anak-anak. Tidak semua lelaki berbuat demikian tetapi memang ada lelaki seperti itu.

Tidakkah bapa seperti itu terfikir bahawa mereka sedang melakukan satu kezaliman terhadap anak-anak mereka sendiri? Walau kerana apa sekalipun mereka bercerai dengan isteri mereka, bapa tetap bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak.

Bahkan, tidakkah lelaki sedemikian tahu bahawa ianya satu tuntutan ugama?

Semoga bapa seperti itu lekas sedar dari kejahilan mereka, semoga Allah celikkan mereka untuk kembali mengasihi anak-anak yang mereka tinggalkan tanpa nafkah.

 

(5)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply