Jom derma darah!

Siapa pernah derma darah? Walau apa pun tujuannya, derma darah is good for you.

So, cerita PakNgah kali ni adalah pasal derma darah. Kalau dah puas dok bagi derma kat kawan-kawan atas padang golf, sekali sekala eloklah kita pi derma darah pulak. Tak kisahlah darah kita tu mana dia pergi, asalkan namanya “derma”. Tak kisahlah untuk apa sebab apa, asalkan “derma”.

Proses derma darah ni actually sekejap jer. Dari mula langkah masuk ke lokasi Tabung Darah di hospital tu, sampai selesai, tak lebih dari satu jam.  Mula-mula sampai, kita isi borang, masukkan kita punya particulars, isytihar itu dan ini. Lepas tu staff kat kaunter tu cucuk ujung jari kita ambik dua tiga titik darah. Dia test jenis darah dan kepekatan darah. Lepas tu kita pergi jumpak staff nurse atau doktor ambik berat badan dan blood pressure.

Kemudian baru kita duduk atas kerusi panjang untuk nak derma darah.  Nurse akan buat itu buat ini untuk set up apa yang perlu (kerja dia), lepas dia cucuk urat kat dekat pelipat siku kita, mula-mula ubat bius (dia kata), lepas tu satu kali lagi untuk nak masukkan tiub nak bawak darah tu keluar. Tak payah tengoklah dia cucuk macam mana (I did not!). Don’t worry: tak sakit pun. Kerengga gigit lagi sakit.  Nak bantu darah keluar dengan steady dan cepat sikit,  kita kena grip handgrip tu time to time.

darah merah yang mengalir

Pak Ngah rasa tak sampai 15 minit kot, semua sudah beres. Darah kita dah masuk dalam plastik, 450 ml. Don’t worry, kita masih ada lagi 4 liter dalam sistem kita. Tak pucat punya. Tetap steady. Macam sorang pahlawan dalam gambar ni ha, ada nampak dia takut atau pucat? No sweat lah!

seorang pahlawan sedang menderma darah!

Duduk sekejap atas katil tu (jangan turun cepat sangat, pitam pulak nantinya), pastu nurse tu jemput kita minum (milo ka, nescafe ka), biskut empat segi, dan dia bagi pil zat besi bawak balik, and also plaster elastoplast satu keping.

Oh ya, lupa pulak satu benda. Selepas menderma, kita diberi satu buku kecik warna merah untuk simpanan dan rujukan next time. Tak tau apa sebab tapi buku ni dipanggil “Sijil”, dikeluarkan oleh “National Blood Transfusion Service” (agaknya lah, sebab nama tu yang dicetak atas muka buku tu). Saiznya lebihkurang 5% lebih besar dari saiz handicap card yang dikeluarkan oleh MGA.

Sijil Derma Darah

Akhir kata, derma darah itu bagus maka rajin-rajinlah menderma!

 

(557)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

4 Responses to Jom derma darah!

  1. Budakboy says:

    Jarum dia besaq mana Pak Ngah? Batul ker mcm kerengge ketit jer? Nurse tue comel? eh…melalut pulak saya hehe…

  2. abe says:

    steady aaa pak ngah…..

    you are my hero…

Leave a Reply