Ikutlah peraturan sikittt….

Satu hari tu, Pak Ngah on the way nak ke pejabat pos. Satu orang ni, Pak Ngah tak kenal pun, memanggil Pak Ngah. “Boss, boss! Saya nak mintak tolong sikit!” Sikit-sikt no problem, banyak-banyak aku pun problem. Apa hal agaknya dia ni? Nampak okey jer: pakaian kemas, personality kemas, cuma dia duduk atas kerusi roda jer. Nak mintak aku tolong sorong dia ke pejabat pos kot? No hal punya kalau nak tolong tolak dia.

“Boss ada kamera. Tolong ambik gambar kereta-kereta yang parking kat petak parking tu sikit. Pastu tolong email kat saya. Saya nak komplen kat majlis perbandaran, mintak dia orang pantau benda ni selalu.”

Oh, itu kisahnya. Masalah orang yang tak cacat tapi letak kereta dalam petak untuk OKU. Rupanya dia “hot” pasal selalu berlaku benda ni, dia nak parking pun susah. Dipendekkan cerita, Pak Ngah pun snap a few photos untuk sahabat kita tu.

Di bawah ni sample tiga keping gambar yang Pak Ngah snap tu. Kita pakat-pakat tengpok jer; Pak Ngah pun malas nak komen.

 

walau tak masuk penuh, tapi masuk jugak tu!!

 

kereta tak lah kecik sangat, tapi minda pun tak la besar sangat

 

tak rasa bersalah sikit pun ek?

Kepada (1) Ibu muda Viva yang cantik anggun, (2) Pemuda Altis bertali leher yang hensem bergaya, dan (3) Abang Naza Rondo seluar bermuda t-shirt tanpa kolar berlilit rantai emas tebal —  Kesianlah sikit kat sahabat-sahabat kita yang memang memerlukan petak parking khusus yang macam ni. Sign board dah terpampang, ugutan saman dah cukup clear, petak parking pun kaler terang benderang, janganlah buat-buat tak nampak jer lain kali okey?

Terima kasih.

(543)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Ikutlah peraturan sikittt….

  1. OK la! says:

    1, 2 & 3 tu semuanya cacat akal! elok di cacatkan aja kereta dia orang!

  2. Bagus la dedahkan perkara nie..kesian dorang…em sya pun pernah terfikir nak masuk parking kat petak dorang, tapi bila fikir2 balik…nasib baik tuhan tak amik apa yang dah diberi…so ada lagi org yang lebih memerlukan =)

  3. Man says:

    lama tak update? sibuk ker tuan? =)

Leave a Reply