Hukuman berbeda kes suami pukul isteri

Sering didapati bahawa hukuman berbeda kes suami pukul isteri dijatuhkan oleh mahkamah. Saya bukan seorang peguam, atau belajar undang-undang, maka saya kurang senang dengan keadaan ini.

Dari masa ke semasa kita dapat baca dalam akhbar, dalam internet, dan media sosial mengenai kes suami memukul isteri, dia kemudian dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukumannya.

Hukuman bagi setiap kes berbeda-beda, walaupun pada asasnya undang-undang yang digunapakai adalah sama dan pertuduhannya adalah sama, iaitu “memukul isteri hingga mendatangkan kecederaan”. Seperti yang saya sebut tadi, saya bukan lawyer, tidak belajar undang-undang atau baca buku undang-undang; bagi saya semuanya sepatutnya adalah sama sahaja, iaitu ‘keganasan rumah tangga”, maka kenapa jurang perbedaan sangat ketara?

Saya perhatikan bahawa perbedaan itu bukan setakat antara kes ke satu kes yang lain, tetapi juga berbeda antara satu mahkamah dengan satu mahkamah yang lain. Malah antara negara kita dengan negara lain. Yang saya nampak adalah perbedaan itu menunjukkan seolah-olah si isteri kurang mendapatkan keadilan bagi dirinya – hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami oleh isteri yang dipukul dan dicederakan itu.

Contohnya suami (si pemukul) akan keluar bebas selepas hanya beberapa bulan dalam penjara sedangkan isteri yang dicederakannya akan hidup dengan parut fizikal dan trauma yang berpanjangan. Adil atau memadaikah setakat hukuman 100 hari dalam penjara, atau 300 hari itu?

– – – – – – – – – –

  • Kes: Suami (23 tahun) menumbuk dan memukul isteri menggunakan raket elektrik pembunuh nyamuk, botol penyembur serengga dan soket penyambung
  • Hukuman: 7 bulan
  • Negara: Malaysia (Kota Bharu)
  • Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/
  • Kes: Suami (37) menumbuk dan memukul isteri menggunakan patung seramik
  • Hukuman: Penjara antara 2 hingga 6 tahun
  • Negara: Amerika Syraikat (Dauphin County, Pennsylvania)
  • Sumber: http://www.pennlive.com
  • Kes: Suami (34) memukul isteri menggunakan kayu pemukul sehingga meninggal
  • Hukuman: Penjara 4 tahun (dikurangkan kepada 3 tahun 4 bulan kerana kelakuan baik; seterusnya dibebaskan setelah dipotong satu tahun lagi)
  • Negara: Turki (Istanbul)
  • Sumber: http://www.hurriyetdailynews.com
  • Kes: Suami (34) menumbuk dan memukul isteri dengan tali pinggang hingga cedera
  • Hukuman: 1 tahun penjara (keputusan mahkamah sedang dirayu)
  • Negara: Malaysia (Kota Kinabalu)
  • Sumber: Sumber: http://www.sayangsabah.com
  • Kes: Suami (31) memukul isteri dengan batang penyapu, sepak dan tendang
  • Hukuman: Penjara 10 bulan, denda RM1,000 (jika gagal, tambah dua bulan penjara)
  • Negara: Malaysia (Kuantan)
  • Sumber: http://duniaitu.blogspot.com


Sekian dahulu, cerita kita kali ini.

(338)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply