Ikhtiar Dalam Hidup

Berkata sorang kawan ni, tok guru aku pernah berkata, “Hidup banyak dugaan, tak selalu senang, bila dugaan mai, kita mesti tabah, kena banyak sabaq, banyak ikhtiar, tapi ikhtiar cara yang dibolehkan oleh ugamalah. Mental pulak mesti strong. Lepas tu kita mesti berdoa, mintak Allah tolong, kemudian tawakkal, last sekali redha dengan taqdir.”

Aku kata kat kawan tu, cuba hang bagi satu contoh, senang aku nak paham, nak ingat apa yang hang kata ni. Dia kata, lerrrrr…dulu pun bila tok guru aku dok cakap macam tu, aku kata kat dia benda yang sama: “Tok Guru, bulih tak bagi kat saya satu contoh, supaya senang nak paham, mudah nak ingat?”

Aku kata, ok, dah tu, apa contoh yang tok guru hang bagi? Kawan aku tu kata, contoh dia macam ni:

Satu orang golfer nak pi main golf. Atau orang zaman ni kata, “menggolop”. Dah janji dua-tiga hari sebelum tu lagi dengan kawan-kawan dia. Dok ulang berpuluh kali “you all don’t worry, you all don’t worry, aku sampai Insya Allah”. Tapi sampai ke pagi yang berkenaan, bukak je pintu rumah, sebijik kereta pun takdak! Bukan hilang, tapi Wira anak sulung dah bawak, Viva anak tengah pulak dah bawak.

Tak ke satu haru? Time nak tee off tinggai lagi satu jam je lagi. Takkan nak talipon kawan-kawan “sori la hari ni tak jadi, aku takdak kereta”. Hampalah kawan-kawan dia. Lagi satu, depa bulih percaya ka cerita dia camtu? Dugaan besaq punya dok mai, apa dia kena buat? Takkan nak duduk je depan muka pintu harapkan kereta jatuh dari langit? Bila kena problem laguni, kita buat camni: Tarik nafas slow slow, lepas balik slow slow. Tiga kali. Pejam mata, berdoa dalam hati, mintak jalan.

Masa pejam mata tu dia teringat, semalam ada satu kawan tinggai motor di rumah dia, Celik mata balik, dia jengok tepi rumah, nampak motor tu, tertongkat elok punya. Naaah…apa lagi…

Dah takdak rotan...

Dah takdak rotan…

Tu lah contoh mudah yang tok guru aku bagi, kata kawan aku tu. Bila dugaan sampai, kena terima sebab itu itu dah ketentuan. Tapi hidup mesti diteruskan. Mesti ikhtiar. Sebab tu kerajaan pun tubuhkan skim amanah ikhtiar. Dan sangat mustahak, mental mesti kuat: apa orang nak kata, lantak dia oranglah. Bukan dia orang nak tolong pun. Asalkan matlamat tercapai, dengan cara yang betoi.

Aku pun kata kat akwan aku tu, wow terer tok guru hang, bagi contoh golfer tu! Orang mana dia tu? Dia tau jugak pasai golf ni ek?

Kawan aku jawab, tok guru aku tu orang Bagan Serai. Dia pun pagi petang dok golop di Taiping nun. Single handicapper lagi!

Patut laaa…

(1356)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, Stories to share with you. Bookmark the permalink.

2 Responses to Ikhtiar Dalam Hidup

  1. Amin says:

    Hahaha..macam nie punya olang pun ada ka? tapi kat Kuantan dulu pun ada woo hehe…

Leave a Reply