Young, carefree and broke

Ramai golongan muda bangkrap kerana gaya hidup. Demikian antara kandungan akhbar theStar keluaran Selasa, 13hb Disember 2017 dengan tajuk utama “Young, carefree and broke” di muka depannya.

Young, carefree and broke

1.  Angka bangkrap

Rencana itu memaparkan keadaan kes bankrap di kalangan golongan muda pada masa ini yang membimbangkan. Penulisnya, Rahimy Rahim, menulis bahawa mereka yang berumur antara 25 dan 44 merupakan kumpulan terbesar yang telah diklasifikasikan sebagai bankrap. iaitu 60% dari hampir 95,000 kes yang dilaporkan sejak tahun 2013 hingga Ogos lepas (sumber: Jabatan Insolvensi).

Datuk Abdul Rahman Putra juga mendedahkan bahawa jumlah yang diisytihar bankrap dari 2013 hingga Ogos lalu bagi seluruh Malaysia ialah 296,712 orang, paling banyak ialah:

  • Selangor 72,114
  • Wilayah Persekutuan 46,377
  • Johor Baru 41,179
  • Pulau Pinang 22,136

2.  Kenapa berlakunya bankrap pada usia muda

Rencana itu menyebut pemerhatian Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Rahman Putra Taha, bahawa banyak faktor yang menyumbang kepada kebangkrapan orang muda, tetapi yang paling besar ialah:

  • Pinjaman kereta (26.63%)
  • Pinjaman peribadi (25.48%)
  • Pinjaman perumahan (16.87%)
  • Pinjaman perniagaan (10.24%)

Ada kes di mana individu itu diisytihar bankrap kerana menjadi penjamin sosial iaitu menjamin pinjaman kereta ayah, atau menjadi penjamin kepada pinjaman peribadi kawan atau ahli keluarga. Ada yang gagal membayar balik pinjaman peribadi yang digunakan untuk membeli kereta, untuk berkahwin, untuk membeli barangan mahal, atau untuk perniagaan. Ada yang meminjam untuk melancong ke luar negara.

3. Berbelanja hendaklah mengikut kemampuan

Bukan nasihat yang baru tetapi demikianlah, setiap orang hendaklah tidak berbelanja di luar kemampuannya. Ukurlah baju di badan sendiri. Lihat kepada gaji atau pendapatan sendiri, dan berbelanjalah di bawah paras pendapatan itu. Jika tidak mampu membeli Toyota Vios, belilah kereta Perodua atau Proton. Jika itu pun tidak mampu, belilah dan gunalah kereta terpakai (second-hand).

Jika kewangan tidak mengizinkan, kenapa mesti cari dan keluarkan wang membeli barangan berjenama. Jika tidak mampu melancong ke New Zealand atau Korea, lawati sahaja tempat-tempat dalam negara. Jangan peduli apa kata orang, apa kata kawan. Jangan merasa diri kita hina atau lekeh jika tidak dapat berbuat dan berbelanja seperti orang lain. Mereka mampu, mereka bolehlah berbelanja. Kita tidak mampu, buatlah cara tidak mampu.

Yang penting, jangan jadi golongan muda bangkrap kerana gaya hidup dan elakkan diri kita dari terjerumus ke dalam lubang bangkrap.

(10)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.