Kutipan filem Abang Long Fadil 2 RM13 juta

Akhbar Utusan Malaysia 7hb September 2017/16hb Zulhijjah 1438 memberitakan bahawa filem tempatan “Abang Long Fadil 2” telah berjaya meraih kutipan dua minggu sebanyak RM13 juta. Satu angka yang tinggi bagi filem tempatan.

Filem aksi komedia (action comedy) ini diarah oleh Syafiq Yusof, Datuk Yusof Haslam sebagai penerbit. Pelakon utama ialah Zizan Razak, Tania Hudson, dan Syamsul Yusof. Kalau tak silap, Wak Doyok pun ada.

Saya tidaklah boleh mengulas filem ini kerana belum menontonnya. Yang saya nak sebut – itupun ringkas sahaja – ialah dari sudut kemampuan kita orang Melayu membelanjakan wang untuk tonton filem ini.

Sekali lalu dan selintas pandang, saya bolehlah merumuskan bahawa masih ramai lagi orang kita yang mampu dan tidak terjejas sangat dengan kos sara hidup yang meningkat, petrol yang semakin mahal, GST, dan seumpamanya. Alhamdulillah.

Walaupun setiap jam saban hari kita dapat baca posting dalam social media keluhan dan sumpahan mengenai kepayahan hidup sekarang ini tapi nampaknya kita tetap mampu berbelanja.

Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin negara dan negeri tahu bahawa kita tidaklah semiskin seperti yang disangka.

Akhir kalam: Minggu depan saya nak masuk panggung jugaklah. Nak tonton filem ni.

(22)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply