Diabetes

Ramai dari kita sedia maklum mengenai penyakit Kencing Manis, atau Diabetes. Jika ditanya “Kenapa Si Polan kena diabetes?” jawapan yang kita dengar ialah “Dia makan banyak sangat gula”atau “Dia suka makan manis”. Maka diabetes bukanlah penyakit yang terlalu asing bagi kita: ada di antara kita yang mengalami diabetes, atau yang pernah melihat sendiri keadaan pesakit diabetes, atau yang pernah ditunjukkan gambar keadaan pesakit diabetes yang sudah kronik.

Perangkaan menunjukkan bahawa bagi setiap 100 orang rakyat Malaysia, 4 orang adalah pengidap diabetes. Secara global pula, dianggarkan terdapat 382 juta orang mengalami kesengsaraan akibat dari penyakit diabetes.

Jika seseorang itu menunjukkan gejala-gejala seperti buang air kecil berulang-kali, rasa dahaga yang bukan normal, hilang berat badan bukan secara biasa, keletihan melampau, luka yang susah sembuh, kebas-kebas tangan atau kaki, dia perlu segera membuat pemeriksaan doktor kerana gejala sedemikian biasanya tanda-tanda diabetes telah makin menular.

Diabetes tidak dapat diubati tetapi boleh dikawal. Kawalan adalah melalui pemakanan, bersenam, dan rawatan perubatan. Perubatan pula adalah melalui perubatan moden, atau secara perubatan alternatif.

Sangatlah dinasihati agar kita mengambil langkah-langkah bijak mengelakkan diabetes yang memudaratkan, atau bila sudah terkena, mengambil langkah-langkah pengawalan.

(549)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Stories to share with you and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply