Datuk Najib dan Wall Street Journal?

1.  Datuk Najib. Wall Street Journal. Saman malu. Libel suit.

2. Kalau kita tengok, ramai orang sekarang ini setiap waktu dan setiap hari mencabar, mendesak, mengasak Datuk Najib supaya mengemukakan saman malu terhadap Wall Street Journal. Ya, pasal cerita Datuk Najb dapat US$700 juta dalam akaun-akaun bank beliau.

3.  Maka saya pun bersembang-sembanglah dengan seorang kenalan. Seorang lawyer yang telah retired. Yang bukanlah pakar dalam kes civil litigation tapi pernah belajar dan baca mengenai libel suits. Inilah cerita dia.

4.  Bukan senang nak bawak kes saman malu. Bukan pulak murah, malah tersangat mahal. Apalagi jika kes saman malu tu kena bawak ke mahkamah Amerika Syarikat. kalau Datuk Najib nak saman Wall Street Journal, dia kena file the suit in a US court, mungkin New York, sebab ibu pejabat WSJ di sana.

5.  Mungkin Datuk Najib (atau Kerajaan Malaysia) kena siapkan minima US$2juta~US$3juta untuk kes ni. Lawyer sana bukan murah. Sistem sana mahal. Lagi panjang kes tu berjalan dan berleret, lagi banyak duit kena bayar. Kes yang besar lagi public macam ni pulak, belum tentu boleh settle dalam masa 2-3 tahun.

6.  Justice principle di US pulak, selalunya sangat memihak kepada media. Apalagi dalam kes melibatkan public figure. Press freedom dijamin di bawah perlembagaan USA, di bawah “First Amendment” (jangan tanya saya apa benda makhluk “First Amendment” tu; saya tak faham apa bendanya: saya bukan lawyer, saya kaki cerita saja).

7.  Sangat susah bagi public figure – macam Datuk Najib – nak menang kes saman malu di US. Kalau dia proceed to sue WSJ for libel, Datuk Najib mesti buktikan yang wartawan atau pengarang WSJ telah menulis atau publish cerita palsu dengan secara cuai, tak peduli langsung sama ada cerita itu palsu atau pun tak palsu, tanpa terlebih dahulu cuba selidik kesahihan cerita tu.

8.  Dan satu lagi faktor yang paling sukar ialah, masa. Masa bagi sesuatu kes saman malu kerana libel belum tentu singkat, malah yang sudah tentu ialah, akan mengambil masa yang agak panjang.

9.  Maka katakanlah Datuk Najib menang kes saman beliau, pada waktu itu mungkin segalanya sudah tidak bererti lagi kepada beliau. Walaupun menang puluhan juta ringgit, reputasi beliau dan segalanya tetap juga telahpun hancur dan lebur.

10. Sebagai contoh, lihat kes saman malu Raja Nongchik lwn Nurul Izzah:

  • 3/5/2013 – Nurul Izzah buat kenyataan bahawa Raja Nong Chik (Menteri WP masa itu ) terlibat dalam kes pindahmilik sebidang tanah 12 ekar di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, bernilai RM475 juta. Dipindahmilik dari DBKL kepada sebuah syarikat nominee. Nurul Izzah dan Raja Nong Chik adalah calon kerusi parlimen Lembah Pantai.
  • 4/5 – Kenyataan itu diterbitkan dalam MalaysiaKini. Kenyataan penafian dikeluarkan oleh Kementerian WP.
  • 5/5/2013 – PRU 13. Raja Nong Chik kalah.
  • 5/2/2014 – proses mediasi. Gagal diselesaikan.
  • 17/7/2014 – Raja Nong Chik failkan saman terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd (pemilik portal berita Malaysiakini) dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.
  • 21/8/2014 – Nurul Izzah buat kenyataan maaf di mahkamah terbuka. “Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau. Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas”.

11. Namun apalah gunanya lagi sebarang kekesalan, sebab reputasi Raja Nong Chik telah pun dirosakkan, dan beliau tetap telah kalah dalam PRU berkenaan.

12. Demikianlah cerita mengenai defamation case, libel suit, fitnah. Bukan mudah, bukan murah, bukan cepat, dan jika menang tetap juga menjadi arang.

(381)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.