Datuk dan Datuk Seri serta cerita negatif mereka

Datuk dan Datuk Seri yang membawa cemar dan cerita negatif kepada gelaran mereka telah sering kita baca, dengar atau tonton di tv. Sesungguhnya ia amat mengecewakan kita. Dan sudah tentu amat mendukacitakan istana yang memberi anugerah berkenaan.

Sesungguhnya pemberian anugerah gelaran Datuk dan Datuk Seri dan lain-lain adalah hak mutlak Sultan dan Yang DiPertua Negeri negeri-negeri. Walaupun nama calonnya mungkin ada yang datang dari pihak eksekutif tetapi pada akhirnya, hanya Sultan dan Yang DiPertua yang membuat keputusan akhir.

Yang mendukacitakan masyarakat ialah apabila ada seorang-dua penerima anugerah itu membuat onar, tidak berakhlak sewajarnya, atau berperangai tidak seperti yang selayaknya bagi seorang penerima anugerah. Berlagak samseng, menjadi ketua samseng, pukul orang, menipu orang, tidak pengikut undang-undang, dan seumpamanya. Kes-kes sebegini akhirnya memberi nama yang tidak elok malah mencemarkan imej pemberi anugerah.

Dalam hal ini, sebenarnya telah banyak kali pihak-pihak yang perihatin dan kasih akan Sultan dan Yang DiPertua Negeri telah menyeru agar tapisan yang lebih ketat dibuat terhadap calon-calon bagi anugerah besar. Cara ini diharapkan dapat menghindar kes di mana si-penerima atau si-pemakai gelaran membawa cemar kepada istana.

Terbaru, melibatkan seorang Datuk Seri yang baru berusia 29 tahun. Dikatakan individu ini telah memukul dan mencederakan anggota Rela kerana menyuruhnya mengubah kenderaannya yang sedang menghalang trafik. Jika cerita ini benar, ianya sangat memalukan pihak-pihak yang berkaitan.

Dalam hal ini, kita juga ingin mengambil kesempatan untuk memberi satu pandangan: Agar individu yang berumur 35 tahun dan ke bawah tidak dianugerahkan gelaran Datuk dan Datuk Seri (atau apa-apa lagi gelaran seumpamanya). Cadangan ini dibuat supaya penerima anugerah sedemikian telah mencapai satu umur yang agak matang untuk menggalas gelaran, dan telahpun mencapai satu tempoh munasabah dalam membuat atau memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat dan negeri. Kerana kita memikirkan jika umurnya baru 29 tahun, atau 30 tahun, apalah sangat sumbangan individu itu kepada negeri dan negara serta masyarakat berbanding dengan mereka yang berusia 35 tahun atau lebih.

(3)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Opinion, Stories to share with you and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply