Dah cakap kan, JANGAN parking kereta tu ikut suka hati jerrrr…

Jangan parkir kereta sesuka hati.  Jangan jangan jangan.

Dah beribu kali cakap, dah keluarkan amaran, dah bagi memo, dah buat announcement, dah pasang poster dan papan tanda, dah buat tanda dan garisan, dah buat macam-macam. Tapi sorang-berdua dari kita yang berjuta orang ni, masih nak buat salah. Entah apa sebab dia nak buat macam tu, kita pun tak tau, kita pun hairan. Takkan perangai letak kereta ikut suka hati tu memang dah ada dalam genes dia?

Akibatnya, siapa susah? Sendiri punya dirilah susah bila tayar kereta kena clamping macam ni:

kan dah kena clamping tayar!!

Tak pasal-pasal kena bayar kat parking management RM50.00. Terebang lima-enam kali punya duit makan.

Bila parking kat depan rumah orang pulak, atau depan kedai orang, halang orang nak keluar-masuk, inilah padah yang dapat: kereta kena tores:

dia punya tulisan tembus jauh ke dalam wo!!

Bukan senang nak repair damage yang macam ni. Mau satu panel tu kena spray balik. Busuk-busuk pun, RM100.00 mesti jalan punya. Kalau ke kedai potong pun, satu panel macam, ni lebihkurang RM150.00, pastu kena spray lagi. Puasa jugaklah seminggu.

Pengajarannya (macamlah orang tak tau): letaklah kereta tu di tempat yang khusus, yang dibenarkan. Jauh berjalan sikit pun tak apa, janji selamat, duit tak terebang tak tentu pasal, hati tak sakit.

p.s.: setakat ni, dah 16 tahun saya main golf, walaupun salah parkir buggy, belum pernah kena clamping tayar lagi. Cuma sekali-sekala buggy-mate tarik muka tu ada la, sebab parkir jauh ke belakang (sama dengan bola kita) sedangkan bola dia lima puluh meter ke depan, maknanya dia terpaksa berjalan 50 meter!

(519)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.