Cerita taik kucing

Cerita taik kucing je ke kali ini?

Jangan pandang enteng tau, walaupun hanya cerita taik kucing, ada pengajaran yang kita boleh ambil. Jangan pandang remeh: kisah taik kucing ni mungkin kecik punya cerita bagi tuanpuan, tapi sangat serius bagi orang lain.

Cerita taik kucing ini saya baca dalam akhbar “theSun” keluaran Isnin 4hb Januari 2016. Kisah dan ceritanya pasal dua orang yang berjiran, di pekan Kampar, Perak, yang telah bergaduh pasal taik kucing.

Alkisah maka kucing-kucing milik jiran sorang ni asyik berak kat belakang kedai Tsoi Chew Chin. Bukannya sekali, bukan lima kali. Tapi ulang kali, dah 10 tahun. Boleh kot kita bayangkan keadaanya: tiap hari kucing-kucing si jiran jadikan kawasan belakang kedai Chew Chin sebagai favourite spot mereka (memang perangai kucing macam tu pun – bila dapat territory dia, di situlah tempat dia melepas). Dan mungkin Chew Chin tiap-tiap petang lepas tutup kedai terpaksa bersihkan kawasan belakang kedainya dari segala taik kucing .

Tapi entah apa pasal, semalam, bila lagi sekali kucing-kucing jiran dia tinggalkan cenderahati mereka bertebaran di belakang kedai beliau, Chew Chin agaknya komplen sakan kat jiran dia. Si Jiran tu pulak, agaknya panas telinga panas badan hilang pertimbangan, capai batang besi hayun sama Chew Chin. Cedera kepala, belakang badan, dan kaki. Hantar ke hospital, kena 22 jahitan. Taik kucing punya pasal. Dan Polis sedang cari jiran beliau itu —  setakat semalam, belum jumpa.

Memang sebenarnya ramai orang — tua muda, kecil besar, lelaki wanita, hatta baby sekalipun — suka pada kucing. Tapi masalahnya, tak ramai orang yang boleh tahan dengan bau harum taik kucing. Kalau terpijak, dibawaknya segala kehaurman itu ke dalam rumah, atau ke dalam kereta, memang sakit kepala tiga hari dibuatnya.

Akhirul kalam, sekadar memperingatkan tuanpuan saudara-saudari anak-beranak semua, bahawa:

  • Jangan kita ingat kejadian seperti ini boleh berlaku di Kampar saja. Ia boleh berlaku di mana-mana, kepada sesiapa. Bergantung kepada keadaan suhu badan jiran-jiran yang berkenaan, tahap kesabaran mereka ketika itu, atau stress level masing-masing di waktu kejadian; dan
  • Kucing boleh menyebabkan tuannya mengalami kecederaan.

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

(61)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.