Berkibarlah Jalur Gemilang!!!

Esok, 31hb Ogos 2013, ialah Hari Kemerdekaan negara kita. Kali yang ke-56. Berkibarlah Jalur Gemilang!!!

Semoga Malaysia terus aman, dan kita doakan juga Malaysia negara kita ini terus makmur, maju jaya, negara yang selamat untuk kita tumpang berteduh, daerah yang bahagia untuk kita, keluarga kita, keturunan kita.

Semoga Malaysia yang tercinta ini, juga satu tanah yang terbaik untuk kawan-kawan dan sahabat-handai kita.

Kerana, bagi kebanyakan kita, inilah sahaja bumi yang kita ada, tiada pilihan yang lain, tiada tempat yang lebih baik. Dengan segala cacat-celanya yang ada (untuk kita pulihkan), dengan apa jua kekurangannya (untuk kita perbaiki), Malaysia inilah sahaja yang kita ada.

Semoga Malaysia langitnya cerah berterusan. Semoga Jalur Gemilang kibarannya terus teguh, gagah dan megah.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56, wahai Malaysia!

(739)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply