Bila kita berjaya, ingatlah jugak pada yang turut menyumbang

Lama dulu satu saya pi satu seminar (lama dah ni, mungkin tiga-empat tahun dah kot). Jadi, pagi ni takdak kerja apa nak buat, teringatlah pulak nak share dengan anakbuah semua apa yang saya dengar tu (sebenarnya “apa yang saya masih ingat” sebab banyak yang dah tak ingat pun). Dia macam ni:

Bila kita sukses (dah naik pangkat, dah jadi kaya, dah jadi cemerlang dapat anugerah, dah dapat tender projek juta-juta, apa sajalah), kita mesti jangan lupa berterima kasih kepada (1) Allah, yang telah memberikan kita sukses tu, dan (2) orang-orang sekeliling kita yang turut menyumbang, direct atau indirect.

Contohnya, kalau kita sukses sebagai pelakon ke, atau atau penyanyi ke, jadi terkenal dan handal, dapat anugerah sana sini, jangan lupa kepada pengarah, penulis lirik, penggubah lagu, jurusolek, yang pegang tiang lampu, jurukamera, makbapak, ejen, adikberadik, penonton, peminat, wartawan dan sebagainya.

Point is, ada orang yang telah turut tolong kita maka kita dapat sukses kita tu. Itulah intipati dari seminar yang tersebut di atas tadi. Kalau masih belum clear, saya bagi satu lagi contoh.

Macam orang main golf. Katakanlah (katakanlah) kita masuk satu golf tourney yang sangat hebat ni, ramai pulak yang compete, handal-handal para golfersnya..

Golf kg kuantan6

…pastu kita jadi champion…

2012-11-18 14.07.35

…memanglah kita ada hak nak rasa bangga, proud with ourselves (“dia orang pun hendikep semua single tapi isyyyy…terernya aku!”), kita dah capai something, dah jadi golf champion, tapi kita janganlah lupa – janga sekali-kali lupa – bahawa sukses kita tu, kemenangan kita tu, actually bukan kerja kita sorang. Ada lagi beberapa orang lain yang turut sama contribute.

Kalau hamba Allah ni tak tolong mesin padang, tarah rumput panjang atas fairway, buang segala temucut…

20121030_105655

…mungkin bola kita landing dalam kelompok temucut tu, menyebabkan susah nak pukul bola. Buatnya kecepeh, tak ke hilang satu stroke. Kalau dua-tiga kali jadi camtu, dah hilang dua atau tiga stroke, kan?

Field workers lain pun banyak jugak yang menyumbang kepada kita punya sukses. Macam pekerja ni, nampak jer tolak sampah dan bagai. Tapi hasil kerja dia sangat penting.

2012-10-18 10.00.38

Kalau dia tak buang longgok sampah kat tepi fairway, pastu bola golf kita tu masuk dalam tu, cari tak jumpak, apa jadi? Lost ball! (jangan haraplah lawan nak tolong cari; dah nama dia pun “lawan”). Bila Lost Ball, berapa stroke hilang? Jadi, kita mungkin nampak kerja dia tak berapa penting, dia tak pakai tali leher, tak bawak file sana sini, tapi percayalah, kalau bukan pasal dia, bolehkah kita jadi champion?

Konklusinya, macam yang kita sebut mula-mula tadi tu lah: Bila kita sudah sukses, jangan kita ingat itu kita sorang punya effort; jangan lupa, orang lain pun telah turut jadi penyumbang.

Sekian, semoga ada pekdahnya benda ni untuk kita semua, di pagi Rabu 09Januari yang penuh rahmat ini.

ps: semua isikandungan tulisan ini dan gambar adalah hakmilik kekal pemilik laman blog ni. ada geran putih pun. gambar pulak, hanya hiasan. semua model dalam gambar ini disediakan oleh Nok Talent Agency. semua model masih hidup (takat ni).

(405)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply