Arahan hendaklah jelas

Arahan hendaklah jelas. Itu pasti. Bukan samar-samar, bukan kabur. Bukan yang boleh ditafsirkan begitu dan begini oleh lain-lain individu. Sekali lagi diulang: bahawa arahan hendaklah jelas pada setiap masa.

Saya pernah bekerja dengan sebuah department store. Boss jabatan saya selalu berpesan: “Bila kau beri arahan, atau tulis memo, atau nak kasi makkumat, make sure it is absolutely clear, make sure it is not ambiguous, bukan kelabu.” Ini penting supaya orang lain yang membaca atau menerima arahan tu tidak confuse, tidak kabur, atau tidak buat tafsiran sendiri, dan menjalankan arahan itu seperti yang dikehendaki oleh si pemberi arahan.

“Tolong ambil baju yang warna merah dua-tiga helai, kemudian hantar ke Merchandising Department”. Baju warna merah tapi baju lelaki ke, baju wanita? Berapa helai sebenarnya “dua-tiga helai” tu? Nak hantar semua tu esok ke, petang ni ke, atau serta-merta ke?

Arahan yang kabur begitu mungkin menghasilkan result ini: Staf yang diarahkan tu akan hantar tiga helai baju lelaki lengan panjang dan tiga helai baju wanita lengan pendek, semuanya kaler merah, dan hantar semuanya kepada seorang kerani Merchandising Department. Kerani tu akan kata “Kami nak dua helai baju budak lelaki, ni apahal baju dewasa, 4 helai pulak tu? Kenapa baru hantar sekarang, patutnya sebelum pukul 11.00 pagi tadi!”

Kita berikan satu contoh. Walaupun contoh yang sangat basic, tapi mudah-mudahan berguna.

Arahan bertulis diberikan sebagai berikut:

SILA PAM TANDAS SELEPAS MENGGUNAKANNYA

Ok, pengguna tandas akan menterjemahkan arahan atau peringatan ini sebagai “Aku mesti pam tandas selepas digunakan”. Baik, setakat ini, jelas clear: I must flush the toilet after use. Lalu pengguna tadi buatlah seperti yang diarahkan: Dia pam tandas itu, press atau tarik satu kali, dan dia pun berlalu. Apa yang mungkin belaku? Kalau nasib pengguna selepasnya baik, dapat toilet bersih. Kalau nasibnya kurang baik, dia mewarisi toilet yang masih punya baki.

Bandingkan pula dengan arahan atau peringatan ini:

TOLONG 3 KALI PAM TANDAS SELEPAS GUNA

Arahan atau peringatan di atas lebih jelas daripada arahan sebelum ini. “Selepas tuan guna tandas ni, tuan mesti pam tiga kali. Bukan dua kali, bukan empat kali, bukan satu kali, tapi tiga kali. Kalau satu kali pam dan tandas itu dah bersih pun, tuan masih wajib pam tiga kali.” Sudah tentu arahan ini akan memastikan bahawa tandas itu akan bersih untuk diwarisi kepada pengguna selepasnya.

Moral cerita: Sentiasa pastikan agar setiap arahan hendaklah jelas.

(5)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Stories to share with you. Bookmark the permalink.

Leave a Reply