Apa yang orang buang kat padang golf

Kalau anda bukan penggolop, anda tentu tidak sangka yang ada sesetengah penggolop suka “membuang” itu dan ini semasa mereka bermain golf. Apa yang dibuang tu? Antaranya:

1.  Buang stroke:   ada kawan yang terpaksa buang strokes bila score dia dah agak terkedepan. Ini biasa terjadi bila dia bermain dengan boss dia, atau customer dia, atau pak mentua/bakal pak mentua dia. Dia rasa serba tak kena, serba salah dan serba bersalah bila dia perasan dia dah menang banyak sangat, sampaikan muka boss/customer/pak mentua dah lain macam senyum dan cakapnya.

Macam mana dia buang stroke tu? Dia buat-buat terpukul masuk OB, masuk pond, atau masuk hutan. Chipping buat-buat melekat. Putting buat-buat terlajak atau tersangkut. Bila nampak bola dia “OB”, “hilang”, atau putting tak “masuk”, tentulah orang-orang yang lain tu gelak besar, happy giler, siap kutuk lagi!

2.  Buang bola:   bab ni, ramai umat yang tak sengaja buang bola, walaupun memang ada segelintir yang sengaja buang. Yang sengaja, ialah bila bola tu dah calar, memang dibuanglah bola tu. Ada golfer yang buang bola bila dah guna empat lubang, atau enam lubang, dan sebagainya. Masing-masing punya style. Ada pulak kes, bola tu kena buang kononnya bola tu bawak sial. Walaupun ynag sebenarnya (semua flight mates tahu) dia yang tak pandai, bukan bola tu yang tak elok.

Yang tak sengaja, memang dia tak sengajalah. Hajat dihati nak pakai bola tu sampai akhir hayat, tapi apa daya, nampak jer kolam kat depan, gerenti bola dia masuk kolam punya. Nampak jer pokok, bola kena pokok, lantun sana lantun sini, hilang. Bola dah duduk atas fairway cantik-cantik, dia shank, terus masuk semak belukar, hilang.

3. Buang partner:  Masa game dimulakan, Pezal dan Kadir satu partnership, Ali dengan Siva satu lagi partnership. Diikatnya satu perjanjian: “kita lawan ‘permanent partnership’ sampai habis”. Lawan punya lawan, Pezal dah menunjukkan banyak tanda-tanda tidak membantu – malah membebankan – lalu bila sampai saja ke lubang ke enam, Kadir buat syarat baru. “Gang, kita main sixers lah best sikit!” Maknanya, yang jadi partner dia dah kena buang!

Satu lagi keadaan berlaku di mana partner kena buang tanpa sedar. Dalam perlawanan yang serupa tapi. kali ini, main sixers jugak sampai habis. Lawan punya lawan, bila dah habis dan dikira, Pezal sorang saja yang kalah semua sixers. Maka tersedarlah Pezal bahawa dirinya dah kena jual!

4. Buang club: Ini biasa kita tengok. Selalu jugak kita tengok dalam tv, pro yang baling-baling club bila pukulan tak menjadi. Dulu-dulu Tiger Woods pernah buat kelaku begitu, tapi sekarang dia dah tak buat lagi macam tu. Yang tak pro pun, apa kurangnya: saya pernah dengar orang cakap (entah hikayat entah dongeng) tentang ada golfer yang baling putter masuk kolam sebab “putting”nya sangat teruk. Sepatutnya dia baling diri sendiri: bukan putter tu yang teruk, dia yang teruk!!

Tak boleh cerita banyak-banyak pasal kes buang ni, bimbang nanti saya pulak kena buang…

(524)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply