1MOCC Pusat Panggilan 1Malaysia 03-8000 8000

Pagi ni tengok dalam paper, Malaysia dah ada satu pusat panggilan sehenti secara online untuk kita sebagai rakyat buat aduan, komplen dan sebagainya lagi berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan. Diberi nama Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC).

Talian Aduan 1Malaysia

 

 

DS Najib semasa hari pelancaran Pusat Panggilan 1Malaysia
(sumber: Kosmo; gambar: Bernama

Mengikut yang empunya cerita, puast ini beroperasi 24 jam sehari menerima apa-apa aduan dan permasalahn mengenai urusan kita dengan pelbagai jabatan kerajaan. Ini merupakan projek rintis, maka setakat ini hanya melibatkan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Perbadanan Putrajaya (semua sekali, 21 buah).  Mulai Januari 2013, dijangka perkhidmatan i ni diperluaskan ke semua agensi dan jabatan kerajaan.

Hilang MyKad tapi tak tau macam mana nak buat? Hilang lesen memandu tapi tak tau ke mana nak tuju? Nak komplen pasal tiang lampu di Putrajaya tak berfungsi? Mau buat aduan kepada Biro Pengaduan Awam tapi tak tau mana nak talipon?

Kita hanya perlu

  • dail nombor      03-8000 8000
  • sms                       03-8000 8000
  • e-mel                    80008000@1mocc.gov.my
  • fb                           facebook/myGovernment
  • twitter                  twitter.com/myGovPortal

Aduan atau masalah kita akan didengari, dan diselesaikan. Kalau pusat ini tak boleh settle, aduan akan dimajukan kepada jabatan berkenaan.

Peringatan: untuk pemain golf, ini bukan talian hayat untuk anda. Anda punya masalah tak pandai drive, tak reti chipping, tak tahu putting, itu sila ke lain tempat. Nak tanya saya pun, boleh jugak. Sila isi borang dan hantar ke blog ni.

Akhir kalam, ini adalah satu inisiatif yang sangat baik oleh kerajaan, oleh Pentadbiran Najib, dan kami sebagai citizen sangat menghargainya. Hanya kami mengharapkan sokongan dan kerja penuh dedikasi dari setiap penjawat awam yang terlibat. Janganlah pula lama-kelamaan pusat ini menjadi satu lagi tangga birokrasi untuk didaki oleh kami sebagai rakyat dalam mendapat penyelesaian kepada masalah kami.

(1373)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to 1MOCC Pusat Panggilan 1Malaysia 03-8000 8000

  1. kuat mengadu says:

    baru kena tangkap dah buka semula..
    tu la yang jadi bile ambil rasuah…
    saya minta pihak bertanggung jawab buat siasatan ke atas pengurusan balai sentul..
    sebab baru baru ini ada penangkapan di lakukan ke atas sindiket cetak rompak cd/dvd..
    tapi kini kegiatan tersebut beroperasi semula sindiket dan orang yang sama..
    saya ragu dengan kewibawaan ketua balai polis sentul tenteng kes ini..
    bukan kah sepatut nya sindiket tersebut di jatuh kan hukuman denda atau pun pejara kan..
    sila ambil perhatian ye !!

Leave a Reply