Berita palsu: Sebab pulut santan binasa

Akibat berkongsi satu berita palsu melalui Facebook berhubung dakwaan kontena berisi daging babi bercampur daging kambing dibawa masuk dari Sepanyol dan Brazil, tahun lalu, dua individu (lihat foto), seorang jurutera kilang dan seorang remaja perempuan lepasan politeknik, masing-masing didenda RM3,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mereka mengaku bersalah.

Menurut berita yang dilaporkan oleh sebuah news portal, Mohd Asrul Alwin dan Ainin Syazwani masing-masing didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook akaun profil “Rul Yusoff” dan “Ann Syzwni” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 7.48 pagi, 21 Julai 2017 dan 9.53 pagi, 20 Julai 2017.

Kedua-dua pautan itu dibaca di restoran Starbucks Aeon Alpha Angle, Bandar Baru Wangsa Maju, pada 10.00 pagi, 1 Ogos 2017.

Moral of the story: Janganlah kita berkongsi cerita yang belum tentu sahih atau benar dengan sesiapa, apalagi di socmed. Jangan kita sebar cerita yang tidak benar. Jangan kita buat fitnah, jangan turut tabur fitnah. Jangan buat atau sebar atau kongsi berita palsu, fake news.

Seperti pesanan orang dulu-dulu, “Sebab pulut santan binasa, sebab socmedia badan boleh merana”.

(17)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Social Media and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.