Selamat Hari Raya Idul Fitri

Esok adalah 01hb Syawal. Di hari baik lagi mulia ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada anda, mohon maaf zahir dan batin. Sampaikan juga salam saya kepada keluarga anda.

Selamat hari raya puasa

Hari ini hari akhir berpuasa Ramadhan, maka bagi pembaca Muslim, ceritanya hanyalah tiga sahaja:

1. Moga Allah menerima segala ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini dan segala latihan dalam bulan Ramadhan kali ini diteruskan dalam bulan-bulan lain yang mendatang;

2. Moga dapat merayakan hari kemenangan esok, 1hb Syawal; dan

3. Moga dapat bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

Moga doa dan harapan itu dimakbulkan olehNya.

Kepada pembaca Non-Muslim, let’s all pray so that there may peace and harmony for all.

(263)

Share
Posted in Stories to share with you | Tagged , , | Leave a comment

Pantun bulan Ramadan

Sempena bulan puasa, bulan Ramadan ini, jom kita share beberapa rangkap pantun. Yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan.

The buah langsat kuning mencelah,
Senduduk not flowering that much anymore,
Bulan Ramadan ni please increase your ibadah,
Next year you mana sure hidup some more.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don’t dilanggar,
Pesan ulamak don’t dimomokkan.

Tanam pisang close together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That’s why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari,
Mana nak same the kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you sembahyang.

Children of toads all rehat-rehat,
Pakat rehat dalam paya,
Amal ibadah memang you got to buat,
But dont forget to buy your baju raya.

nota: pantun-pantun dan foto-foto ni diambik dari sana-sini, bukan saya punya; pantun tu pulak dah lama berlegar-legar dalam fb, whatsapp, internet semua. And finally, special thanks to my friend Amir Yusuf (you know why).

(362)

Share
Posted in Some other sides of the world | Tagged , , , , | Leave a comment

Harga minyak naik mulai 01 Julai 2015

Setelah bertahan sebulan-dua, harga minyak naik juga akhirnya, mulai 01 Julai 2015.

  • Minyak RON95 — ┬ásebelum ini RM2.05/liter; harga baru RM2.15/liter
  • Minyak RON97 — harga lama RM2.35/liter; harga baru naik kepada RM2.55/liter
  • Minyak Disel — ┬áharga lama RM2.05/liter; harga baru? Sorry, harga disel tidak naik

Berikutan dengan naiknya harga RON95 dan RON97 ini, ada dua-tiga benda dijangka akan turut naik, antaranya:

  • blood pressure (darah tinggi) sebab marah minyak naik
  • belanja perubatan (kerana beli ubat darah tinggi dan rawatannya)
  • perbelanjaan peribadi, individu, keluarga (dah tentu lah; tak payah cakap)
  • tahap untung towkey stesen minyak
  • tahap untung restoran dan kedai mamak (kenapa mahal ni? Minyak naik juga)

Moga-moga harga minyak bulan Ogos depan — sempena bulan Merdeka — turun balik. Moga-moga.

(310)

Share
Posted in Stories to share with you | Tagged , , , , | Leave a comment