Menunaikan Haji secara Pakej

Menunaikan haji secara pakej, seperti yang sedia diketahui, ialah satu alternatif lain bagi jemaah dari Malaysia, selain dari kaedah “Muassasah“.

20140916_152053

Saya terbaca satu iklan oleh sebuah syarikat travel agency yang menawarkan khidmat pakej ini kepada Bakal Haji (Jemaah Terpilih). Sekadar makluman buat tuan haji dan puan hajjah, berikut ini saya salin balik sedikit dari maklumat oleh syarikat berkenaan:

  • Paling rendah: RM29,000, paling tinggi RM56,000
  1.  Pakej Ekonomi: +/- 40 hari. RM29,000 ~ RM36,000. Jarak hotel ke Masjid:     di Makkah 400m~~600m; Medinah 100m~250m. Mina: menginap dalam kawasan Muaiessim.
  2.  Pakej Selesa I: +/- 40 hari. RM33,500 ~ RM42,000. Jarak hotel ke Masjid:         di Makkah 200m~~400m; Medinah 100m~250m. Mina: menginap di hotel; +/- 500m ke Jamrah.
  3.  Pakej Selesa II: +/- 22 hari. RM48,500 ~ RM56,000. Jarak hotel ke Masjid:       di Makkah 50m~~100m; Medinah 50m~100m. Mina: menginap di hotel; +/- 500m ke Jamrah.

Ada banyak lagi syarikat pengendali pakej haji (sila lihat di sini) yang diluluskan oleh Tabung Haji. Jika ingin ke Tanah Suci melalui pakej, tuan haji dan puan hajjah para Jemaah Terpilih sekelian bolehlah membuat pilihan mengikut keinginan masing-masing.

Sementara itu, saya ucapkan Selamat Berkursus Haji kepada tuan haji dan puan hajjah semua.

Nota: Sudah barang tentu, semua info di atas  bergantung kepada terma dan syarat dan perubahan dari masa ke semasa. Jangan saman saya pula jika berlaku apa-apa musibah. Saya hanya copypaste dan kongsi maklumat sahaja, dan tidak dibayar pun oleh sesiapa.

(95)

Share This:

Share
Posted in Stories to share with you | Leave a comment

Cerita taik kucing

Cerita taik kucing je ke kali ini?

Jangan pandang enteng tau, walaupun hanya cerita taik kucing, ada pengajaran yang kita boleh ambil. Jangan pandang remeh: kisah taik kucing ni mungkin kecik punya cerita bagi tuanpuan, tapi sangat serius bagi orang lain.

Cerita taik kucing ini saya baca dalam akhbar “theSun” keluaran Isnin 4hb Januari 2016. Kisah dan ceritanya pasal dua orang yang berjiran, di pekan Kampar, Perak, yang telah bergaduh pasal taik kucing.

Alkisah maka kucing-kucing milik jiran sorang ni asyik berak kat belakang kedai Tsoi Chew Chin. Bukannya sekali, bukan lima kali. Tapi ulang kali, dah 10 tahun. Boleh kot kita bayangkan keadaanya: tiap hari kucing-kucing si jiran jadikan kawasan belakang kedai Chew Chin sebagai favourite spot mereka (memang perangai kucing macam tu pun – bila dapat territory dia, di situlah tempat dia melepas). Dan mungkin Chew Chin tiap-tiap petang lepas tutup kedai terpaksa bersihkan kawasan belakang kedainya dari segala taik kucing .

Tapi entah apa pasal, semalam, bila lagi sekali kucing-kucing jiran dia tinggalkan cenderahati mereka bertebaran di belakang kedai beliau, Chew Chin agaknya komplen sakan kat jiran dia. Si Jiran tu pulak, agaknya panas telinga panas badan hilang pertimbangan, capai batang besi hayun sama Chew Chin. Cedera kepala, belakang badan, dan kaki. Hantar ke hospital, kena 22 jahitan. Taik kucing punya pasal. Dan Polis sedang cari jiran beliau itu —  setakat semalam, belum jumpa.

Memang sebenarnya ramai orang — tua muda, kecil besar, lelaki wanita, hatta baby sekalipun — suka pada kucing. Tapi masalahnya, tak ramai orang yang boleh tahan dengan bau harum taik kucing. Kalau terpijak, dibawaknya segala kehaurman itu ke dalam rumah, atau ke dalam kereta, memang sakit kepala tiga hari dibuatnya.

Akhirul kalam, sekadar memperingatkan tuanpuan saudara-saudari anak-beranak semua, bahawa:

  • Jangan kita ingat kejadian seperti ini boleh berlaku di Kampar saja. Ia boleh berlaku di mana-mana, kepada sesiapa. Bergantung kepada keadaan suhu badan jiran-jiran yang berkenaan, tahap kesabaran mereka ketika itu, atau stress level masing-masing di waktu kejadian; dan
  • Kucing boleh menyebabkan tuannya mengalami kecederaan.

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

(61)

Share This:

Share
Posted in Stories to share with you | Tagged , , , | Leave a comment

Kos pakej Umrah meningkat sehingga 30%

Impak kejatuhan nilai Ringgit telah turut menyebabkan kos pakej Umrah bagi jemaah Malaysia meningkat sehingga 30%.

Menurut Datuk Syed Mohd. Razif, Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), kenaikan sehingga 30% ini adalah sesuatu yang diluar kawalan, berikutan kejatuhan nilai Ringgit berbanding Riyal Saudi. Beliau menjangkakan kenaikan sebanyak antara RM500 hingga RM600 atas kos pakej yang ada sekarang. Kos baru ini akan dilaksanakan mulai hari Jumaat ini, 13hb November.

Namun, setakat ini pakej Umrah paling minima yang ditetapkan oleh kerajaan masih lagi pada angka RM4,990.00.

(19)

Share This:

Share
Posted in Stories to share with you | Tagged , , | Leave a comment