Dia AJK surau tapi dia merokok, macam mana tu?

AJK surau tapi dia merokok. Ini pun satu hal jugak.

Itulah antara soalan yang seorang kawan pernah tanya saya. Soalan yang saya rasa boleh dikatakan valid. Maklumlah, smoking merupakan perbuatan yang “makruh“. Malah ada ulamak dan majlis-majlis fatwa yang menghukumnya sebagai “haram” .

Yusuf Al-Qaradwi – merokok itu haram (tetapi bukanlah haram yang sama tahap seperti merompak mencuri..)

Ulamak dan para ustaz di Malaysia pun ramai yang berpendapat ianya haram. Selalu menyebutnya dalam ceramah dan tazkirah mereka. Selalu perli-perli dan kenen-kenen “Tuan-tuan berdoa pada Allah dalam keadaan mulut tuan-tuan berbau tidak menyenangkan sedangkan Allah itu benci pada yang busuk”.

Balik kepada soalan kawan saya tadi: Kenapa seseorang itu merokok walaupun dia seorang AJK surau (atau masjid)? Saya bukanlah orangnya untuk menjawab soalan dia. Sebab saya tidak ada hak untuk memberikan jawapan kepada soalan itu. Sebab saya tidak layak untuk bukak mulut merungkai apa yang sedang jadi masalah kepada kawan saya itu.

Sang AJK itu merokok atau tidak, rasanya is none of my business. Duit dia bukan duit saya. Bukan dia pinjam duit saya, bukan dia ambik duit bapak dia. Dia bukan mencuri atau merompak duit atau harta orang lain. Dan dia tak hembus pun asap rokok tu ke arah saya atau isteri saya atau anak saya atau cucu saya.

Tapi yang paling penting kenapa saya tak layak nak jawab soalan kawan saya tu ialah: Ada kawan lain bagitau, AJK yang berkenaan tu solat berjemaah di surau setiap hari setiap waktu tak missed, sedangkan saya yang tidak merokok ni? Alahai…malas mau cakaplah beb!

So, macam mana dengan AJK kita tu?

Tak apalah, biarlah dia begitu. Satu hari nanti dia mungkin akan stop smoking. Dan saya teringin nak katakan pada kawan saya yang bertanya tu (tapi tidaklah saya bukak mulut bermadah sebegitu): “Yang sangat mustahak kita jaga ialah, satu hari nanti dia dah berhenti, jangan kita yang tak merokok ni pulak tiba-tiba mula merokok!”

(11)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Opinion and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply