Tiger Woods at the Barclays Playoffs

Cerita pasal Tiger Woods at The Barclays Playoffs, di mana dia di akhir kejohanan ini ?Bermain dengan keadaan bahagian belakang yang sakit, peluangnya semakin menipis untuk mengejar secukup-cukup birdie, dan kerana itu realiti untuk Tiger Woods muncul juara turut padam.

TW BArclaysBagaimanapun, semangat dan azam yang sangat kuat dalam dirinya tetap membuatkan Tiger Woods bermain dengan maximum power yang dia ada, mampu mencatat dua Birdie di Hole 16 dan Hole 17, sehingga memungkinkan dia pulang dengan jumlah 10-Under untuk berada di Tangga Ke-2 (berkongsi dengan Graham DeLaet, Justin Rose dan Gary Woodland).

Matt Kuchar, pendahulu bersama Hari Ke-3 (dengan Gary Woodland), gagal mengulangi prestasi baiknya, dan hanya menduduki Tangga Ke-19 (5-Under). Kevin Chappell yang bermula di Tangga Ke-3 telah jatuh ke Tangga T-15.

Dengan permainan yang cemerlang di Hari Akhir, dan dengan bantuan caddynya yang handal, Steve Williams, dan nasib yang agak lebih baik dari pemain-pemain lain,  Adam Scott, juara Masters tahun ini, telah muncul juara kejohanan dengan Score 11-Under (5 Birdie tanpa cacat hari ini), setelah Justin Rose missed short putt di Hole 18 untuk menyamai beliau.

Juara-juara Majors yang lain:

  • Phil Mickelson —  mengejutkan dalam diam. Hari Akhir ini dia membuat 65 pukulan: 7 birdie dan satu Bogey. Jumlah 275, 9-Under. Tangga Ke-6
  • Jason Dufner — 5 Birdie tapi di offset oleh 4 bogey. Bermain 1-Under hari ini, Jumlah Score 282, 2-Under. Tangga Ke-37

Teman lelaki bintang tenis Caroline Wozniacki, Rory McIlroy, tidak menyerlah tetapi tidaklah buruk: hari ini scorenya 72, Total 5-Under 279. Tangga Ke-19.

Tangga Terakhir dengan Jumlah Score 11-Over 295

  • David Hearn (75)
  • Martin Laird (76)
  • Josh Teater (79)

Score Tertinggi: 81 (43-38), oleh Jonah Blixt.

(710)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply