The British Open Hari Ketiga

Hari Ketiga The British Open merupakan hari pertandingan yang penuh debaran dan mencetuskan kejutan-kejutan.

Tetapi sebelum itu, kedudukan di akhir Hari Ketiga adalah seperti di bawah:

1     -3 Lee Westwood
T2  -1 Hunter Mahan, Tiger Woods
T4  Even Adam Scott, Henrik Stenson
T6  +1 Angel Cabrera, Ryan Moore, Zach Johnson
T9  +2 Phil Mickelson, Francesco Molinari
T11 +3 Sergio Garcia, Brandt Snedeker, Jamie Donaldson, Hideki Matsuyama, Jason Day, Dustin Johnson, Miguel A. Jimenez

Itulah, seperti yang dikatakan tadi, hari yang penuh debaran. Woods dan Westwood silih-berganti menjadi pendahulu dari mula hingga akhir. Bagaikan ini hari akhir, flight terakhir. Dan Angel Jimenez juga turut melibatkan diri dengan kedua mereka sehinggalah Jimenez menjadi semakin malap.

Tiger nicely out of one bunker...

Tiger keluar dari bunker dengan cantiknya…

...Jimenez not getting out with one splash

…Jimenez gagal keluar pada pukulan pertama

Walaupun mendahului dengan dua pukulan tetapi Westwood tidak terlalu selamat. Beberapa pemain lain – bukan hanya Tiger – mempunyai peluang baik untuk ke depan. Seperti Adam Scott, Mahan, Cabrera, Phil Mickleson. Maka jangan terlalu terkejut jika yang muncul juara ialah Sergio Garcia andainya dia mengulangi permainan yang baik seperti pada hari ini.

Kejutan Hari Pertama, Shiv Kapur, menambahkan lagi kejutannya hari ini. Dia membuat 83 pukulan, menjadikan kesemuanya +15, dan terus menjunam ke tangga paling corot, bersama dengan seorang pemain lain, Sandy Lyle. Dan score 83 ini merupakan score paling tinggi pada hari ini.

Bagaimana mana pula ceritanya Thongchai Jaidee? Tidak terlalu baik dan tidaklah buruk: Jaidee membuat 71 pukulan – score yang satu stroke lebih baik dari Tiger Woods – menjadikan jumlah keseluruhannya +8, satu catatan yang mengatasi 34 pemain lain.

Menarik: Esok, di Hari Akhir, Tiger Woods akan bermain satu flight dengan Adam Scott. Ertinya Steve Williams akan berada bersama dengan boss lamanya. Sebagai profesional mereka mungkin tidak merasa apa-apa yang pelik tetapi bagi kita ia merupakan sesuatu yang menarik.

Menarik: Sean Foley. Ya, coach kepada Tiger Woods. Sean Foley juga adalah coach kepada Westwood, Hunter Mahan dan Justin Rose. Tentunya bayaran profesionalnya akan menjadi lebih mahal selepas British Open ini.

Alangkah bertambah menariknya pertandingan di Hari Akhir, hari ini.

(389)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, MyGolfStory and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply