The British Open Day 2

Hingga ke penutup The British Open Day 2, score terbaik ialah 66 oleh Zach Johnson yang dibuatnya di Hari Pertama. Score tertinggi ialah 88 oleh seorang pemain golf Amerika Syarikat lain, Scott Percy pada Hari Kedua, hari yang lebih membuat kejutan berbanding dengan hari semalamnya.

Zach Johnson bukan lagi leader. Dengan score Hari Kedua sebanyak 75, dia turun ke Tangga Joint 6th bersama dengan Angel Cabrera dan dua yang lain. Cabrera, yang kalah dalam playoff di Masters baru-baru ini, menjadi pendahulu pada satu ketika tetapi hanya mampu kembali dengan score -1.

Leader semasa – mengejutkan? – ialah Minuel Jimenez. Hanya dengan satu shot tetapi tetap pendahulu. Diikuti ramai lagi pemain dengan score -2, -1. Termasuklah Tiger Woods.

Tiger (71 pukulan) mungkin juga terperanjat mendapati dirinya tiba-tiba di Tangga Joint 2nd yang turut diduduki oleh Lee Westwood (68) dan dua yang lain.  Mickelson pula emmbuat jumlah pukulan +1, menempatkan dirinya dengan beberapa orang lain termasuk Adam Scott, Bubba Watson dan Ian Poulter.

Shiv Kapur, T-4th di Hari Pertama, membuat 9 pukulan lebih dari Hari Pertama, menghasilkan jumlah +6 overall. Lebih dari cukup untuk membuat cut. Satu pencapaian terbesar bagi Encik Kapur dan sukan golf India.

Mark O’Meara tidak mampu mengulangi kehandalannya di Hari Kedua. Bekas Juara The Open ini hanya dapat membuat score 78 (40+38) berbanding dengan 67 (31+36). Namun dia masih lagi jauh lebih handal dari Rory McIlroy yang terpaksa pulang untuk emncari sebab kenapa prestasinya begitu merudum.

Dari tiga orang pemain Thai (maaf, semalam kita sebut ada dua orang) hanya Thongchai berjaya melepasi garis cut dengan jumlah +8. Kiradech Aphibarnrat +12, dan Thaworn Wiratchant +14 gagal. Kiradech semestinya amat kecewa kerana pada Hari pertama dia membuat 72 pukulan tetapi menamatkan hari ini dengan 85 stroke.

Nama besar lain yang turut gagal ke penghujung minggu: (score +9 151 atau lebih): antaranya ialah Juara US Open Justin Rose (+10), Vijay Singh, Rickie Fowler, Nick Faldo.

Final total scores Day 2:

1 Miguel A. Jimenez             -3 68+71 =139
T2 Henrik Stenson               -2 70+70 =140
T2 Lee Westwood                -2 72+68 =140
T2 Tiger Woods                    -2 69+71 =140
T2 Dustin Johnson               -2 68+72 =140
T6 Martin Laird                   -1 70+71 =141
T6 Rafael Cabrera-Bello     -1 67+74 =141
T6 Zach Johnson                  -1 66+75 =141
T6 Angel Cabrera                 -1 69+72 =141
10 Ryan Moore                     Even 72+70 =142

Hujung minggu yang lebih exciting!!

(304)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, MyGolfStory and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply