The British Open 1st Tee Starter

Antara beberapa ramai pegawai, staff dan individu-individu yang terlibat dalam kejohanan The Open Championship atau The British Open termasuk yang yang baru saja tamat Ahad lepas, ialah 1st Tee Starter.

1st Tee Starter bagi The Open Championship kali ini ialah Scotsman Ivor Robson.

Ivor Robson

Ivor Robson

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali bagi Ivor Robson mengendalikan tugasan ini. Dia telah menjadi 1st Tee Starter atau “MC” bagi The Open Championship (British Open) bagi tahun yang ke 39. Satu tugas atau kerja yang sangat mudah: hanya umumkan nama setiap peserta di Tee Box Pertama dari mula hingga akhir.

Susah ke? Katakanlah anda berjaya menyertai British Open, dan nama anda ialah Kamal Samad. Ivor Robson akan sebut: “On the tee from Malaysia, Kamal Samad!“. That’s all.

Rupa-rupanya tidaklah semudah itu. Kenapa tidak mudah?

  • tugasnya bermula jam 6.30 pagi 9atau sedikit awal) hingga kira-kira jam 4.00 petang, empat hari berturut-turut
  • dia akan berada di tee box seawal jam 5.00 pagi untuk kerja-kerja preparation, checking itu dan ini
  • sepanjang waktu bertugas, dia tidak makan atau minum, tidak ke tandas, tidak duduk, tidak lekang dari blazer dan tali leher tidak kira cuaca pada hari berkenaan
  • dia mesti berlatih sehari-dua sebelumnya supaya dapat menyebut satu-dua nama “pelik” dengan tepat dan betul (terutamanya nama pemain dari Peranchis, yang selalunya dieja lain disebut lain)

Boleh kita tidak ke tandas selama lapan jam atau lebih?

On the tee, Mohtar Dawammmm….!

————

sumber:

— pelbagai sumber dari Internet

 

(431)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply