PGA Championship: 3rd Day

Pada 21 Julai yang lalu, Phil Mickelson berada di puncak dunia sebagai juara The Open Championship (British Open). Tetapi tak sampai sebulan kemudian, Mickelson sedang mendakap Tangga Ke-74, dari seramai 75 pemain.

Seminggu yang lalu, Tiger Woods menjuarai WGC-Bridgestone Invitational buat kali ke-8, tapi semalam, dia hanya mampu berkongsi di Tangga Ke-48 bersama tiga pemain lain. Tiada lagi harapan untuknya menjuarai Majors buat kali Ke-15 dalam tahun ini. Tunggu lagi tahun depan. Satu lagi tahun tanpa major buat Tiger Woods.

Berakhirnya 3rd Day PGA Championship, banyak cerita telah berubah skripnya. Demikian putaran hidup manusia.

Pendahulu kejohanan di akhir 3rd Day ialah (1) Jim Furyk -9; dan seterusnya
(2) Jason Dufner -8; (3) Henrik Stenson -7; (4) Jonas Blixt -6; (T5)  Adam Scott, Steve Stricker -5;  (T7) Rory McIlroy, Lee Westwood -3; (T9) Dustin Johnson, Kevin Streelman, Roberto Castro -2

Pemain Thailand: Kiradech Aphibarnrat berkongsi Tangga Ke-21 (Tiger Woods Tangga Ke-48) dengan score keseluruhan Even Par, sementara Thongchai Jaidee berada di Tangga Ke-63 dengan total score 6-Over.

Notakaki:

  • Pemain last, Tangga Ke-75, ialah Gary Woodland yang juga membuat score tertinggi Hari Ketiga (42-38=80), menjadikan score keseluruhan 13-Over (73-70-80=223).
  • Score Terbaik 3rd day: 65 (34-31), oleh Dustin Johnson (dengan 11 Par, 6 Birdie, 1 Bogey) 

Malam ni, Final Day, Tiger Woods akan tee off jam 10.45 malam, sementara yang lain-lain:

2:25 pagi — Rory McIlroy, Lee Westwood
2:35 pagi — Steve Stricker, Adam Scott
2:45 pagi — Henrik Stenson, Jonas Blixt
2:55 pagi — Jim Furyk, Jason Dufner — last flight (By the time leading flight ni tee off, Tiger Woods dah balik ke hotel dah)

(462)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply