Golf – Oldest Golf Clubs in Malaysia

Yang kita nak tulis kali ni bukanlah sejarah golf di Malaysia yang definitif (you have been warned!). Cuma kita nak sembang-sembang secara sambil lalu tentang golf club atau padang golf yang tertua di Malaysia, oldest golf clubs in Malaysia. 

Ok, so macam mana ceritanya?

1402 — masa ni Parameswara baru je tubuhkan kerajaan Melaka. Tahun ni, orang Scotland pun belum tau main golf lagi.

1450an — mat saleh Scotland dah start main golf. Punya ralit (leka) main golf, hinggakan Raja Scotland buat undang-undang larang rakyat dia main golf. Dia kata “korang ni dok main golf tu nak jadi pondan ka? Pi belajaq memanah lagi baguih!!!”

1511 — Tok Moyang Cristiano Ronaldo tak reti dan tak minat main golf tapi dia reti nak takluk Melaka. Dan Melaka pun kalah kepada Portugis. Tapi kalah bukan sebab dok ralit (leka) main golf (mana ada orang Tanah Melayu reti golf lagi masa tu) tapi sebab masalah dalaman, masalah kroni, hasad-dengki dan bagai.   

1641 — Belanda kalahkan Portugis, takluk Melaka. Belanda pun tak suka main golf, jadi Tanah Melayu belum jugak ada padang golf. Tapi di Scotland, di England, orang putih dah riuh-rendah dah dok main golf.

1841 — Orang putih England cucuk sana cucuk sini bagi rasuah sikit last sekali dia pegang Borneo (Sarawak, Sabah)

1874 —  Orang putih England yang lain pulak cucuk sana cucuk sini bagi candu ka bagi rasuah ka last sekali dia pegang Tanah Melayu. Di negeri dia, golf dah makin popular. British Open (The Open Championship) yang pertama di buat dalam tahun 1860, di Prestwick Golf Club, Scotland.

Orang putih jenis England ni lebih educated dari orang Scotland (masa zaman tu la): dia jadi towkay, pegang segala lombong bijih timah, lombong besi, lombong emas jadi dia punya, dia tanam getah merata tempat pun jadi dia punya jugak. Orang England jadi orang besaq, jadi governor, DO, naval and military officers.

Pastu dia ambik orang Scotland jadi manager estate, manager lombong, engineer, soldiers, sailors. Jadi kuli dia. Pastu bila geng Scots ni mai Tanah Melayu, apa dia buat? Dia start gatai tangan nak main golf lah, apa lagi!

1885 — New Club, Taiping. First ever golf club in Malaysia. Katanya padang golf ni letaknya dalam kawasan pekan Taiping. Orang Taiping atau geng golfers belah-belah utara tau la kot ceritanya. Anyway la ni padang golf dah takdak dah. Ditutup dalam tahun 1995. Ada sesapa pernah main di situ?

1893 – Royal Selangor Golf Club. Maknanya inilah kelab dan padang golf yang paling tua dalam Malaysia. The oldest existing golf club.  

  • 1900 – Royal Perak Golf Club
  • 1906 — Kudat Golf Club (oldest in Sabah)
  • 1910 – Royal Kampong Kuantan Golf Club
Royal Kampong Kuantan Golf Club

Royal Kampong Kuantan Golf Club

  • 1924 – Miri Golf Club (oldest in Sarawak)
  • 1928 – Kelab Golf Sentul, Kuala Lumpur (kelab ni pun dah tinggai nama je)
  • 1930 – Carey Island Golf Club
  • 1932 – Royal Perak Golf Club
  • 1933 — Kinabalu Golf Club

Mungkin ada golf club yang lain, umpamanya di Teluk Intan, Kluang, Batu Gajah, Gemas, Tumpat, Sik, Temerloh, Dungun, yang tak direkodkan oleh sejarah, atau yang dulunya ada tapi la ni dah lama terkambus oleh rumah dan kondo. Anybody knows about it?

(1513)

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.
This entry was posted in Golf, MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Golf – Oldest Golf Clubs in Malaysia

  1. Pingback: Sejarah Golf di Malaysia | Malaysiangolfer.org

Leave a Reply