Kelab golf mana pula nak ditutup ni?

Kelab golf mana pula yang nak ditutup ni?

Kami di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya dah dengar cerita pasal ada satu-dua kelab golf yang akan ditutup tak lama lagi. Kelab yang mana satu eh? Bila nak tutup?

Tahun lepas atau awal tahun ni (lupa nak tanya lebih kanjut) Kajang Hills Golf Club dah ditutup. Pemiliknya, sebuah syarikat Jepun, jual tanah tu kepada sebuah syarikat pemaju hartanah terkenal, Tropicana Corporation yang juga adalah pemilik Tropicana Golf & Country Resort. Tanah Kajang Hills tu akan diconvert dan dimajukan sebagai mixed development. Kondo ada, banglo ada, macam-macamlah kot.

Maklumlah, luas tanah padang golf 18 lubang katakanlah 200 ekar. Masa mula-mula dibina dulu, tanah tu seposen je nilainya. Siapa pun tak ingin pandang sebelah mata pun. Sekarang, 20 tahun kemudian, kalau area Lembah Klang dan sekitarnya, nilainya mungkin dah jadi RM200 juta. Kalau tanah tu dimajukan buat housing luxury dan exclusive, macam di Kajang Hills tu, mau nilainya (Gross Development Value) jadi RM2billion. Bayangkan berapa banyak untung syarikat tuan tanah tu dapat…

…berbanding dengan kalau dia nak tunggu hasil dari golf fees je, bayar green fees tak sampai RM150 sorang (komplen pulak apa mahal sangat ni?), lepas tu makan-minum sikit di F&B dia (komplen lagi mahalnya!!!), berapa sangatlah kelab golf tu dapat untung setelah ditolak segala gaji, kos nak maintain dan sebagainya.

Kelab golf tu memang akan terus hidup kalau lokasinya di tempat lain tapi kalau dalam Klang Valley, memang jangka hayatnya tak lamalah.

Kalau sekeliling padang golf tu dah naik kondo, bungalow dan commercial development yang berjuat ringgit harganya, takkan towkey tu nak tunggu lama sangat sedangkan akauntan dia hari-hari dok bagitau Boss, kalau kita convert jadi commercial development…

Atau kalau approach ke kawasan lokasi padang golf tu dah ada highway lalu lalang tepi green dan fairway dia, takkan pemilik tanah padang golf tu terus-terusan buta perut tak mau buat duit kan?

Jadi, apa ceritanya, kelab golf mana yang nak ditutup ni?

(452)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in Golf, MyGolfStory, Stories to share with you and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply