Kemalangan ngeri di Genting Highlands

Kemalangan ngeri di Genting Highlands 21/8/2013 semalam telah meragut 37 nyawa, sementara 16 yang lain cedera.

Kita semua bersimpati dengan mangsa dan keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan paling buruk di Malaysia itu. Ucapan takziah kepada keluarga masing-masing, semoga mereka dapat bersabar menghadapi ujian Allah ini.

Semua orang tahu jalan naik-turun Genting Sempah-Puncak Genting Highlands memang banyak liku dan selekoh tajam, ada sesetengah tempat agak curam. Sepanjang jalan itu merupakan satu pemanduan dan perjalanan yang tinggi risikonya. Apa yang boleh diharapkan hanyalah supaya setiap pemandu dan pengguna jalan itu lebih berhati-hati, sentiasa berwaspada, selalu bertanggungjawab. Patuh segala peraturan dan arahan jalan raya. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik.

Nasihat kepada golfers: Kepada para penggolop yang mahu mempertajam skill mereka di Awana Genting, nasihat yang sama jugaklah kita berikan. Tidak lebih atau kurang.

Semasa menghala ke padang golf di sana, yang sipemandu kenderaan mestilah sentiasa pay attention kepada keadaan jalan dan traffic (yang lain, kerana mereka penumpang, atau menumpang, tiada masalah, dalam apa ekadaan sekalipun mereka akan tetap berdengkur). Jangan gopoh-gapah memanjat jalan yang berliku dan berbukit-bukau. Anda bukannya sedang mengambil bahagian dalam Monte Carlo Rally, anda hanya mahu membuat 105 strokes untuk 18 lubang sahaja (itu pun kalau nasib baik).

Selepas habis bermain golf, semasa pemanduan nak balik, lagi sekali mesti berhati-hati. In fact, mesti kena lebih berhati-hati. Sebab badan dah letih, hati dah sakit (bagi yang kalah). Hanya sang pemandu yang masih celik mata, yang penumpang dan menumpang sudah lama berdengkur.

Teringat pulak saya akan satu cerita, yang diceritakan orang: Sahabat ni hendak bermain golf di Awana Genting, tetapi tersesat ke Bukit Tinggi (di sana pun ada padang golf), tetapi tersilap tempat, kemudian berpatah balik ke Awana Genting, mendaki dan kona baring pada speed tak kurang dari 140km/j. Alhamdulillaah selamat jugak dia sampai (tapi bila dah main, hasil score golfnya: 103). Alasannya memang alasan murni: supaya tak lewat tee off, kawan dan musuh dah lama tunggu. Tapi style pemanduan yamg macam tu masih jugak cara pemanduan yang tidak disyurkan langsung.

Last but not least, eloklah kita mulakanlah setiap perjalanan dengan berdoa. Sama ada nak bersiar-siar, melancong, nak bergolop, nak memancing, nak meminang, nak makan kenduri dsb. Sebab malang tidak berbau.

Safe driving, everyone!

(474)

Share This:

Share

About pakngah

social golfer; 24-handicapper.

This entry was posted in MyGolfStory, Some other sides of the world, Stories to share with you and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply